Jumlah Paparan Halaman

5.5.13

LIGA SUPER SELASA.....

Usai PRU 13, tanpa mengambilkira siapa yang menang, siapa yang terkangkang, marilah kita khususnya PSNS kembali bersatu.

Bersatu demi mencari kemenangan pertama NS musim ini.

Bakal muncul pasukan pertama menentang Perak di Ipoh musim ini, NS seharusnya mampu mengutip tiga mata penuh kerana Perak masih luka dihempap sawit Jumaat lalu.

Tekanan pasti lebih terarah kepada tuan rumah, bukannya pasukan pelawat. Dengan lebih masa rehat, NS pastinya lebih segar dan bertenaga.

Setakat ini, carta Liga Super masih tidak banyak berubah.
CUIT SIKIT:

Berbaki lapan perlawanan, NS sudah tidak punya banyak masa untuk menyimpan parasit dan perosak.

Selamat maju jaya NS meniti era selepas PRU 13.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH