Sempena HARI BELIA NEGARA yang jatuh hari ini, 15 Mei 2013, aku paparkan suara anak muda dan belia PSNS yang aku kutip daripada maklumbalas mereka berkaitan provokasi aku di
dan
meletuslah pelbagai komen. Pedas, sinis dan pelbagai lagi. Maklumlah hati panas setelah kena provok.
Posting
aku semalam berbunyi,
Bagi aku, elok rasanya NS
memberi laluan buat ATM agar Liga Super tidak dimenangi oleh Singa Dari
Seberang Tambak.....
melihat
+-1,300.
suka
23 + Rezal Zambery Yahya [ pemain ATM dan mantan Kapten NS ].
Komen:
·
Huzairy Ibrahim betul..setuju sangat2
·
Ahmad Faizal Maruah kita bro....no rasis in sport...
rasis rasis sampai kiamat xabis...
JAWAPAN AKU:
MEMPERTAHANKAN TROFI LIGA SUPER DARIPADA
MENYEBERANGI TAMBAK JOHOR BUKAN RASIS BRO. ITU NAMO EH PATRIOTIK!
·
Muhamad Napie Lubis Muniro mabok
ke admin...sggup gadaikn n9 demi atm...?mcm n9 duk top 5 je...n9 pn telur di
hjg tnduk da tu...terbalik ayat tu....biar atm bg laluan kt n9 mng utk elak ke
liga perdana...ape pn x blh....
JAWAPAN AKU:
AKU TIDAK MABUK. ITU AYAT PROVOKASI SUPAYA
ADA KEBANGKITAN MENDADAK SABTU INI.
TAPI AKU SUKA IDEA KO MENTERBALIKKAN AYAT TU.
·
Sabtu Suratdi semua x nk tgk lion pegang liga kito....tp
sgp ke kita kalah laie....dah nazak ni.....klo dibiarkan liga perdano la
kito.....
·
Farizul Azmi Mne bole..misi mcri kmnangan harus
diteruskan
·
Mohamad Asyraaf ·
pohon ns main div 2 season depan, best oo, hehe
·
Arieost Azzurie sama dgn kedah kot haha...
·
Arieost Azzurie mana boleh camtu. semangat kesukanan kena
ada. setiap pasukan harus berusaha untuk menang.
·
Teng Ku kalah ko memekak...org mintak menang ko nak kalah
pulak. Mangkuk!
·
Razali Ismail Elok gak lion monang liga...biar fam kaji
balik format liga malaysia thn dopan
·
Azlisyam Marzuki X ya bg laluan pun da taw kena bedil gak
ngan atm...
·
Mizie Acik Apo la punyo admin...kau igt maruah tu blh bli
ngan pialo tu ko...lantak poie la pialo tu ko sngapor dah mmgvteam ea
power....admin pling bangang den ponah tau.puiiiiiii!!!!!!
JAWAPAN AKU:
ANDA SUDAH TERMASUK DALAM SENARAI “ KAN DAH
KENA”.
AKU LUAHKAN PROVOKASI SUPAYA ADA YANG MELATAH
DAN BANGKIT MEMPERTAHANKAN PASUKAN NS.
NAMUN,
BERMARUAH SANGATKAH PASUKAN NS YANG DIPENUHI
DENGAN SAMPAH SARAP DAN TIDAK BERDAYA SAING ITU?
BAK KATA TOK MAT, GAJI BOSAR TAPI NYEPAK GUNO
KOTING.
·
Harith Mukhriz Bagi N9 monang...MONaNG!!!
·
Ezril Hj Jamaludin kasi monang la..den tunggu nie
Terima kasih buat semua PSNS
yang meluahkan perasaan masing – masing. Tetapi kalau kononnya menyokong NS
dengan gambar profil fb berlilit mafla SELANGOR di leher, eloklah lu betulkan
kiblat sokongan selepas ini.
CUIT SIKIT:
Buat Mr. Presiden PBNS yang diperbaharui semula Sabtu lalu, di
atas adalah sebahagian daripada cetusan rasa para penyokong bola sepak NS.
Biarpun ada ramai di kalangan mereka tinggal di luar NS, namun hati mereka tetap
kepada NS.
Mewakili mereka, aku pohon agar ada perubahan drastik di kem NS
mulai Sabtu ini. Mereka ini marah – marah sayang kat PBNS.
Namun, ianya bersyarat. Mr. Presiden kenalah selalu menjenguk ke
Medan Rahang dan juga Stadium Paroi. Intailah apa yang mereka yang bergaji
lumayan buat semasa latihan dan juga semasa perlawanan sebenar.
Janganlah Mr. Presiden hanya menggangguk dan mengangkat ibu
tangan setelah menerima laporan prestasi pasukan. Di atas kertas, ianya tidak
pernah sama dengan di atas padang.
Dengan Felda United, PKNS dan T – Team bakal menjadi tiga
daripada enam lawan terakhir itu, NS seharusnya tidak sukar untuk meraih 9 mata.
Dengan sedikit tuah hasil daripada transformasi pasukan, ATM, Pahang dan Darul
Takzim juga bukanlah terlalu sukar untuk dikalahkan.
Lebih – lebih lagi, jadual terakhir ini agak memihak kepada NS
kerana ketiga – tiga “top five” itu bakal bertandang ke arena keramat kita,
STAR Paroi.
Sehingga tibanya detik penamat saingan pada 6 Julai nanti, kita
doakanlah yang terbaik buat Mr. Presiden dan PBNS.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan