Jumlah Paparan Halaman

9.5.13

TERUSKAN PERJUANGANMU.....

ENAM BELAS PASUKAN TERBAIK Piala AFC adalah seperti di bawah;
Jika prestasi dan tuah menyebelahi, mungkin Kelantan dan Selangor bakal layak ke Suku Akhir pula. Aku kata prestasi kerana Kelantan beraksi agak baik di Piala AFC dan bakal menjadi tuan rumah di peringkat kalah mati ini. Aku juga kata tuah kerana, Selangor bakal terbang jauh je Maldives untuk menentukan peluang seterusnya. Juga ke Suku Akhir. Harap - harap tuah arena lawan ketika menewaskan Tampines Rovers berulang buat Selangor.
Bagaikan berjanji, dua pasukan yang Presidennya menang di PRU 13 baru - baru ini, menjadi kebanggaan Malaysia. Teruskan perjuanganmu Kelantan & Selangor!

Musim hadapan, satu daripada empat pasukan ini bakal mewakili Malaysia di atas tiket Juara Piala FA 2014.
CUIT SIKIT:

Di saat Kelantan dan Selangor sedang mempersiapkan pasukan untuk berentap di peringkat antarabangsa, NS pula pastinya sedang mempersiapkan mental dan fizikal untuk keluar daripada zon penyingkiran.

Malangnya, lawan yang bakal ditemui Jumaat ini adalah Kelantan. Sesungguhnya PAROI tidak lagi menjanjikan "syurga" buat tuan rumah.

Cuma, aku harap Mr. Presiden yang terus diberikan peluang untuk mengepalai Kerajaan Negeri, dapat melakukan sesuatu dengan segera. Jenguklah segera ke Medan Rahang.

Mungkin sampah sarap sudah bertimbun di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH