Esok 8 Mei, dijangka MB Negeri Sembilan akan mengangkat sumpah jawatan. Samada ianya wajah lama diperbaharui atau wajah baru diperbaharui atau wajah lama disolek baharu, sama - sama kita nantikan.
Ketahuilah, barang siapa yang dilantik selaku YAB MB NS secara rasminya juga adalah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan [ PBNS ]. Pihak berkuasa bola di NS ini telah menetapkan menerusi perlembagaannya, MB NS adalah Presiden PBNS. Ianya bermula sejak Tuk Rais dari Gagu itu bergelar MB NS. Lama sangat perlembagaan PBNS tidak berubah.
Setakat dua hari usai PRU 13, sudah ada cadangan dan usul supaya YB KJ Rembau Most Wanted itu dinobatkan sebagai Presiden PBNS. Masalahnya ialah PERLEMBAGAAN PBNS tidak membenarkan. Fullstop.
Aku cadangkan para PSNS dari Rembau yang rapat dengan KJ supaya KJ menerajui Persatuan Bola Sepak Daerah Rembau [ jika ada ]. Jika tiada, KJ dan Gang Rombau kena tubuhkan. Kemudiannya barulah KJ boleh berada di PBNS selaku anggota gabungan.
Satu lagi posan den, sesiapa sahaja yang rapat dengan MB NS penggal ini dapat mencadangkan supaya Perlembagaan PBNS yang menjerat leher MB tu segera dipinda supaya kaki bola sejati boleh menerajui PBNS dengan lebih berkesan.
CUIT SIKIT:
Tuk Rais pinda perlembagaan PBNS semasa bola Malaysia masih amatur. Sekarang dah lama era profesional kita lalui. Perlembagaannya masih tidak berUBAH.
UBAH atau tidak, setakat ini NS masih di dasar Liga Super 2013.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan