Jumlah Paparan Halaman

16.5.13

KEPUTUSAN R16 PIALA AFC.....

Usai perlawanan kalah mati pusingan 16 Piala AFC 2013 menyaksikan dua wakil Malaysia, Kelantan dan Selangor tersingkir bersama - sama enam lagi pasukan lain.

Ketika Selangor tewas di arena lawan selepas masa tambahan, Kelantan pula kecundang di Kota Bharu dengan senario yang agak pelik. Hilangnya Kelantan yang sebelum ini amat cemerlang dan laju di Kota Bharu pastinya menimbulkan sedikit tanda tanya kepada ramai pemerhati dan peminat mereka.

Selasa lalu, Kelantan tewas bukan kerana Kitchee terlalu handal. Kelantan tewas kerana mereka sendiri kehilangan momentum kemenangan. Selangor pula tewas kerana faktor keletihan ekoran jadual ketat. Itu kata Irfan Bakti. Kata aku, Selangor tewas kerana skuad mereka cuma bergantung kepada tidak lebih daripada 15 orang pemain untuk bermain di Liga Super, Piala FA dan juga Piala AFC.

Skuad yang terlalu kecil untuk memburu kegemilangan bukan sahaja di Malaysia malah sudah berada di peringkat Asia. Terlalu kecil skuad itu sehingga gagal menggilirkan pemain. Akhirnya, letih dan lelah pemain yang ada.

Di suku akhir ayang bakal ditentukan menerusi undian sedikit masa lagi, empat pasukan Arab dijangka berhadapan dengan empat pasukan Asia Timur.
Bagaikan sepakat, Kelantan dan Arbil SC tewas di pusingan 16 ini. Musim lalu kedua - duanya berentap di Suku Akhir yang kemudiannya menyaksikan Arbil SC muncul Naib Johan setelah tewas kepada Al - Kuwait di final.

CUIT SIKIT:

Pasukan dari India dan Maldives berada di Suku Akhir. Begitu juga dari Indonesia dan Hong Kong. Kesemuanya pasti berhadapan dengan empat wakil dari Asia Barat. Dan, hampir pasti, ke empat - empat pasukan Arab berkenaan akan mendominasi Separuh Akhir.

Dan, ketika ke lapan - lapan pasukan berentap pada 17 & 24 Sepetember nanti, kita di Malaysia mungkin sedang bersorak di Piala Malaysia. Satu pertandingan yang bersejarah tetapi JUARANYA tidak layak ke mana pun. Satu lagi episod jaguh kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH