Jumlah Paparan Halaman

23.5.13

SABARLAH JANG DAN MILAH.....

Perlawanan ke lapan belas buat kesemua pasukan Liga Super bakal dimutkamadkan pada 27 Mei ini.

Bermain di Stadium Jalan Besar, PKNS dilihat bakal meneruskan cerita biasa Liga Super. Lapan pasukan sebelum ini, menjadi medan kutipan mata penuh buat Lions XII. Apakah PKNS bakal mengalami nasib yang sama? Sama - sama kita nantikan.

Menariknya, seandainya Lions XII menang Isnin ini, maka, peluang pasukan di tangga ke empat hingga ke enam untuk menjuarai liga hampir pasti tertutup. Dan sekali gus juga menutup rapat peluang Kelantan dan Terengganu. Setakat ini, Perak mengetuai tiga lagi pasukan di tangga sembilan hingga dua belas selaku pasukan yang sudah terkeluar daripada perebutan Juara Liga Super 2013.

Perak, Felda United, T - Team dan Negeri Sembilan bakal berebut untuk mengelakkan diri daripad berada di dua tangga terbawah Liga Super. Dua pasukan tercorot bukan sahaja bakal turun ke Liga Premier 2014, malah terpaksa pula bermain playoffs dengan pasukan di tangga ke lima dan ke enam Liga Premier bagi melayakkan diri ke Piala Malaysia 2013. Memang sukar hidup sebagai pasukan tercorot ni.

Sabtu ini bakal berlangsung dua perlawanan Separuh Akhir Piala FA 2013.
Perlawanan pusingan kedua bakal berlangsung pada 28 Mei nanti. Terengganu dan Pahang akan menjadi tuan rumah pula.

Menarik juga kerana empat pasukan yang berentap nanti telah melalui perlawanan liga yang ke lapan belas masing - masing pada 22 Mei. Maknanya tiada satu pun pasukan yang boleh mengatakan mereka penat [ jika mereka kalah ].

Dan, dua pasukan yang menang pada Rabu bakal berentap di Johor Bahru. Manakala dua pasukan yang tewas juga pada Rabu, bakal bertemu di Kota Bharu.

CUIT SIKIT:

Apa - apa pun keputusannya, tiga negeri Pantai Timur ternyata menjadi kuasa besar di Piala FA musim ini. Ulangan kepada pencapaian serupa musim 2011.

Yang pasti, final nanti bakal menjadi medan PANTAI TIMUR lawan HARIMAU SELATAN atau PANTAI TIMUR lawan PANTAI TIMUR.

Buat Jang dan Milah, sabar aje lah. Dua percubaan yang hinggap di palang gol Pahang, memisahkan NS dengan keputusan sekurang - kurangnya seri.

1 ulasan:

  1. Sudah lah PBNS. Anda kini tidak lagi menghargai peminat dan penyokong setia. Pergi jahanam dengan anda semua PBNS.

    BalasPadam

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH