Jumlah Paparan Halaman

4.5.13

KALI PERTAMA ANAKKU MENGUNDI.....

5 Mei 2013, kurang seminggu daripada tarikh lahir UMNO [ 11 Mei 1946 ]. Parti yang lahir di Istana menerajui pakatan pelbagai parti dengan jenama BN.

Lawannya PKR yang lahir di jalanraya hasil gerakan reformasi penghujung 1990'an dan awal 2000'an. Lawan yang bertambah kuat setelah DAP dan PAS menjadi rakan sekutu.

Akhirnya, PRU 13 dikatakan sebagai Raja Segala Pilihan Raya kerana saingan sengit di segenap pelusuk negara. Kali pertama TIADA KEMENANGAN PERCUMA. Kali pertama RAMAI CALON BEBAS bertanding. Kali pertama CALON UMNO TIDAK BERTANDING dan menyokong calon bebas. Dan, kali pertama BN menggunakan ramai calon recycle.

Malam ini pastinya masih ramai pengundi tanpa parti seperti aku menghitung buruk dan baiknya setiap calon yang bertanding. Aku tidak akan mengundi mana - mana parti kerana aku bukan ahli kepada mana - mana parti. Aku akan mengundi calon berdasarkan batang tubuh dan keperibadiannya, setakat yang aku kenal dan tahu.

Dan, pertama kali juga aku akan ke P127 Jempol untuk mengundi di PDM Felda Palong Satu-N7 Jeram Padang dan kemudiannya ke PDM Felda Serting Hilir Empat-N5 Serting untuk menemani dua orang generasi kedua aku, yang KALI PERTAMA menjadi pengundi.

Sebagai profesional, aku tidak akan mempengaruhi generasi kedua aku untuk mengundi mana - mana parti dan mana - mana calon. Biarlah mereka mengundi dengan idea dan kehendak mereka sendiri.

CUIT SIKIT:

Buat generasi keduaku dan mereka yang sama waktu dengannya, pesan aku cukup mudah;

MALAYSIA adalah milik kita bersama. Bukan milik UMNO dan BN. Bukan juga milik PKR dan Sekutunya. Sesiapa pun yang membentuk kerajaan, kita tetap begini. Bergerak setiap hari demi mencari sesuap nasi.

Namun, pilihlah manifesto yang mahukan perubahan dan menampilkan pelbagai keselesaan buat generasi muda. Dalam bahasa Jawanya, yang menawarkan CAP JEMPOL. Maknanya, yang boleh ANGKAT IBU JARI.

Ertinya, pilihlah CALON & PARTI seperti ini;

bukannya CALON & PARTI yang dipenuhi ahli seperti ini.
HANYA MEREKA YANG BODOH SAHAJA SANGGUP MENGHINA ULAMAK DAN ORANG TUA SEPERTI DI ATAS.

Ingat tu Anak - Anakku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH