Jumlah Paparan Halaman

14.5.13

ANALISA LIGA PREMIER.....

LIGA PREMIER sudah menghampiri kemuncak saingan. Usai enam perlawanan Isnin [ 13 Mei 2013 ], hanya tinggal empat pasukan yang masih berpeluang menjulang trofi di akhir musim. 
Secara matematiknya, KEDAH, JOHOR dan SIME DARBY masih boleh menjuarai Liga Premier musim ini. Sekaligus layak ke Liga Super musim 2014.

Dan, secara matematik juga, UiTM FC dan NS Betaria adalah dua pasukan bakal turun ke Liga FAM 2014.
FAM telah menetapkan, tiada perlawanan playoff akan dijalankan bagi mana - mana pasukan untuk tujuan naik atau turun liga musim hadapan. Dua pasukan teratas dari Liga FAM dan Liga Premier akan naik ke liga yang lebih atas [ Liga Premier / Liga Super ]. Manakala dua pasukan terbawah Liga Super dan Liga Premier akan turun ke Liga Premier dan Liga FAM musim 2014. Fullstop.

Baki saingan bagi keempat - empat pasukan yang masih berpeluang itu adalah seperti berikut;
Perlawanan Kedah menentang PDRM itu sepatutnya dilangsungkan pada 3 Mei lalu. Ianya ditunda kerana masalah teknikal.

Melihat kepada jadual perlawanan, aku fikir peluang Sarawak sedikit tipis kerana bakal berhadapan dua perlawanan di arena lawan. Dua tuan rumah yang amat liat untuk ditewaskan, Johor dan Sabah menanti mereka.

Johor juga agak perit kerana bakal bertemu dua lawan yang mempunyai peluang yang sama dengan mereka, Sarawak dan Kedah. PDRM dan Sabah juga bukan lawan mudah buat Johor.

Sime Darby aku lihat lebih berpeluang untuk muncul juara kerana selain Kedah, empat lagi lawan mereka sudah pun mempamerkan prestasi yo - yo dalam dua perlawanan sebelum ini.

DAN, aku fikir, di akhir Mei nanti, kita akan dapat melihat dengan lebih jelas, pasukan yang bakal menjuarai Liga Premier musim ini.

CUIT SIKIT:

Di tangga tercorot hampir keseluruhan musim, NS Betaria hampir pasti ke Liga FAM musim 2014. Dan, hampir pasti juga, pengganti mereka di Liga Premier 2014 adalah NS.

Jika itu berlaku, 2013 adalah musim yang amat malang buat bola sepak Negeri Sembilan keseluruhannya.

Jika Mr. Presiden masih dengan sikap terlalu percaya kepada someone di Medan Rahang, tunggulah detik kehancuran berterusan bola sepak NS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH