Di saat jutaan rakyat Malaysia tertumpu di Kuantan malam ini, muncul seorang tokoh kecil yang telah mencipta sejarah tersendiri.
Belum pernah berlaku dalam sejarah bola Malaysia, malah mungkin di dunia, seorang Ketua Polis Daerah [ OCPD ] muncul secara langsung di tv, membuat pengumuman berkenaan tahap keselamatan di stadium.
Beliau adalah;
Hebat Tuan OCPD kita sekarang ni. Dari Ketua Balai di Bandar Pusat Jengka, sekitar tahun 1980'an, beliau dah muncul di kaca tv malam ni.
Selain kemunculan Tuan OCPD kita, SEPARUH AKHIR PIALA FA 2013 juga mencatat sejarah yang mungkin tidak dapat diatasi selepas ini.
Manakan tidak, dua perlawanan diantara Kelantan dan Terengganu menghasilkan 11 gol. Melainkan penentuan sepakan penalti, jaringan 6 - 5 itu belum pernah terhasil di mana - mana perlawanan Separuh Akhir Piala FA sebelum ini.
Lebih bersejarah, satu lagi perlawanan Separuh Akhir diantara Pahang dan Johor dibatalkan angkara kegagalan pihak stadium dan Persatuan Bola Sepak Pahang mengawal kemasukan penonton. Khabarnya, hanya 35 ribu tiket disediakan. Dan, ianya SOLD OUT. Baguslah.
Malangnya, di kaca tv terpapar lebih 40 ribu penonton yang masuk ke Stadium Darul Makmur. Melimpah ruah sehingga ke balapan [ track olahraga ]. Terpaksa pula pihak berkuasa keselamatan, PDRM mengerah tenaga mengawal mereka.
Lebih membosankan, PDRM juga terpaksa memujuk mereka untuk keluar meninggalkan trek berkenaan. Sebabnya, selagi ada mereka yang tidak berkenaan di kawasan berhampiran padang, selagi itulah perlawanan tidak boleh dimulakan. Itu peraturannya.
Setelah usai penonton dipindahkan, ketika itulah muncul Tuan OCPD Kuantan mengumumkan secara rasmi, tahap keselamatan di stadium adalah terkawal dan, perlawanan boleh diadakan.
Malangnya, kebijaksanaan penonton di luar stadium yang membaling batu ke arah penyokong Johor di dalam stadium menyebabkan ramai penyokong Johor masuk semula ke trek stadium.
Akhirnya, perlawanan dibatalkan. Bukan kerana masalah disiplin penonton. Tetapi kerana sikap pihak berkuasa bola sepak Pahang terutamanya di aspek jualan tiket. Mana mungkin penonton tanpa tiket boleh masuk ke stadium dengan begitu mudah, jika tiada sokongan daripada pihak yang bertugas di pintu masuk.
CUIT SIKIT:
Aku fikir, Pengerusi Jawatankuasa Tiket & Pintu Masuk Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang [ PBNP ], wajib bertanggungjawab. Mahu atau tidak, beliau perlu diheret ke Jawatankuasa Tatatertib PBNP atau FAM kerana tidak buat kerja dengan betul.
Akhirnya, jika Johor sibuk dengan slogan Luaskan Kuasamu, elok juga Pahang melaungkan slogan LUASKAN STADIUMMU.
Apabila dah luas, ajaklah seberapa ramai kawan dan sedara masuk percuma. Lepas tu, kita tangguh lagi perlawanan penting seperti Separuh Akhir Piala FA tadi.
mesti diorang pening sebelum game ni. kalau pikirkan keselamatan, tiket kena jual kurang dr kapasiti penuh utk reserve sbg buffer zone. kalau pikirkan duit, kena jual sampai penuh kapasiti dan lg baik kalau jual lebih sampai penyokong kena bersidai kat pagar dan kat laluan...
BalasPadamakhirnya, duit mengatasi keselamatan dan inilah pekdahnya.