Jumlah Paparan Halaman

15.11.15

RIMAU.....

Respect ,Integrity, Move, Attitude & Unity
Respect atau Respek merujuk kepada menghormati kawan, lawan, pihak penganjur dan paling penting, penonton dan penyokong.

Inilah isu yang tercetus di Amman baru - baru ini. Sudahlah kalah teruk dan bongok, para pemain kecuali seekor dua, terus meninggalkan padang tanpa bertemu dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong yang hadir.

Integriti? Mungkin ada mungkin tidak. Kalau ada integriti [ maruah diri ], takkan kita main macam budak sekolah. Takkan kita mahu menyerang kalau lawan kita tu memang sukar untuk ditentang. Mengapa tidak parking bas secukupnya di depan kubu kita. Kalau kalah pun, tidaklah namapak macam bangan dan bangsat.

Move?
Faster , higher , stronger. Push the limit and break new barriers. Slogan baik dan berkualiti. Tetapi, pemain yang ada cuma KUALI..ti nya dah lama hilang

Attitude; Positivity, sportsmanship and friendship. Compete to win but win with honor.

Aku setuju sangat dengan bersaing untuk menang tetapi menanglah dengan bermaruah. Kalau kalah pun, kalah selepas berlawan hebat demi maruahmu.

Tapi, kalau bolos sampai setengah dozen [ SATU DOZEN = 12 UNIT ], nampak sangat tak melawan dan tak ber......

Betulkan juga attitude atau sikap untuk ke Piala Dunia dan Piala Asia. Bukan setakat nak menang Piala Malaysia sahaja.

Come together as one celebrating the true spirit of the games sebagai rasionalisasi kepada Unity.

Nak celebrate apanya kalau asyik kalah.

Respect ,Integrity, Move, Attitude & Unity boleh ditemui di sini;

CUIT SIKIT:

Demi kepentingan PIALA MALAYSIA, ramai pemain negara yang hanya menyumbang setakat 20 peratus di Amman, Jordan baru - baru ini.

Selagi sikap mementingkan Piala Malaysia masih tebal di minda pemain dan pengurusan pasukan Liga Malaysia, selagi itulah lawan kita yang selayaknya hanyalah Laos dan Cambodia.

Piala Malaysia tidak pernah membawa JUARAnya ke PERINGKAT ASIA. Ia hanyalah nostalgia seumpama;
Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH