Jumlah Paparan Halaman

23.2.14

SELAMAT BERJUANG KELANTAN & SELANGOR.....

Di atas adalah jadual perlawanan peringkat Kumpulan F - Selangor dan Kumpulan G - Kelantan.

TV9 bakal menjadi penyiar rasmi Piala AFC 2014 di Malaysia. Terima kasih.

Buat Selangor dan Kelantan, sebagai kaki bola Malaysia seharusnya kita menyokong kedua - dua pembawa bendera negara ini.

CUIT SIKIT:

Buat Selangor dan Kelantan, aku harap tahun ini mereka bukan lagi pasukan Pusingan Kedua atau Pasukan Suku Akhir sahaja.

Ciptalah sejarah untuk berada di Separuh Akhir pula.

18.2.14

DUA NEGERI DUA KELAB KE SEPARUH AKHIR PIALA FA.....

Tamat Suku Akhir 2 Piala FA 2014 menyaksikan betapa pasukan besar dan mewah masih lagi kekal utuh. Itulah hakikatnya. Sekurang - kurangnya hingga ke saat ini.

Tiga Semi Finalis musim lalu terus berada di peringkat yang sama musim ini. Felda United muncul satu - satunya pasukan Liga Premier melengkapkan senarai empat pasukan itu.


Dalam diam, inilah kali pertama Felda United berada di peringkat ini. Aku dimaklumkan oleh seorang bekas pemain era awal Liga Pro di Malaysia betapa, selepas JDT, Felda United adalah pasukan kedua yang memiliki bajet besar musim ini.

Jadual Separuh Akhir;

CUIT SIKIT:

Ulangan Separuh Akhir 2013 diantara Pahang dan Johor DT dijangka paling menarik untuk disaksikan.

Namun, aku fikir pertemuan Kelantan dan Felda United juga tidak kurang hebatnya.

Sehingga tibanya sepak mula Separuh Akhir Pertama Mei nanti, eloklah kita tunggu persembahan Harimau Malaya di bawah bimbingan Baba Ong pada 1 Mac nanti.

16.2.14

NS DI LANDASAN TEPAT.....

Tamat lima perlawanan, NS mencatatkan pencapaian yang agak baik dengan nisbah 3:1:1. 
Peratusan;
Imbas kembali keputusan penuh lima perlawanan;
Cabaran Mac;
CUIT SIKIT:

Setakat ini aku fikir, NS berada di landasan tepat untuk merealisasikan impian naik semula ke Liga Super 2015.

Tugas para PSNS hanyalah untuk memberikan sokongan padu. Yang lain, biarlah PBNS uruskan.

HOBEN JANG HOBEN!

13.2.14

MISI 3 MATA DI ALOR SETAR.....

Setelah kembali dari KK tanpa sebarang mata, NS pastinya mahu menjadikan Kedah sebagai medan mencari tiga mata penuh malam esok.

Kedah yang tidak turun dalam dua perlawanan liga sebelum ini, juga mahu mendapatkan tiga mata penuh buat memulihkan keyakinan sebelum turun pula, Selasa nanti di Suku Akhir 2 Piala FA bertemu JDT.

Selepas ini, liga akan berehat panjang demi memberikan laluan kepada Harimau Malaya bersiap siaga mencari saki baki peluang ke Australia 2015.

Jadual esok;
CUIT SIKIT:

Perlawanan seterusnya sebaik sahaja liga disambung semula;
Skuad perkhidmatan awam Malaysia ini agak baik pencapaiannya. Tiga menang dan 1 kekalahan setakat ini. NS pula 2 : 1 : 1.

Namun, rekod liga NS di Paroi setakat ini, AMAT CEMERLANG. Dua kemenangan daripada dua perlawanan.

HOBEN JANG HOBEN!

11.2.14

KEPUTUSAN PENUH QF1 PIALA FA.....

Hari ini berlangsung empat perlawanan Suku Akhir 1 Piala FA. Dua finalis musim lalu, KELANTAN dan JOHOR DT menjaringkan TIGA gol tetapi belum selamat kerana lawan masing - masing ada modal Gol Tempat Lawan.

Keputusan penuh:
Khabarnya 3 KAD MERAH dihadiahkan oleh Mr. REF sebagai Ang Pow Tahun Baru Cina buat 1 pemain JDT dan 2 pemain Kedah.

CUIT SIKIT:

Pertempuran hebat berlangsung di Paroi sebentar. PDRM dan Pahang mengakhiri saingan dengan keputusan 1 - 1.

Namun, aku amat tertarik kepada kepantasan larian pemain no. 7 PDRM yang menyesakkan nafas Damion dan Rehman di pertahanan Pahang itu.

Inilah pemain yang bakal ditemui oleh para pemain NS di Liga Premier nanti;
Ketua Pasukan Maldives ini amat laju dan mungkin menyebabkan Angah Zamani makan asap 24 Mac nanti.

Sehingga tibanya detik itu, HOBEN JANG HOBEN!

10.2.14

NS & JOHOR DT II TEWAS.....

Hari keempat Liga Premier menyaksikan NS dan Johor DT II tewas di arena lawan. 
Kekalahan NS merubah carta saingan buat seketika.
Kemenangan Sabah dan DRB-HICOM FC hari menyaksikan mereka keluar daripada kelompok belum menang. Manakala kekalahan NS pula meninggalkan hanya PDRM dan Kedah sahaja berada di kelompok belum kalah.

Buat Perlis, era gemilang mereka mungkin telah berakhir sebaik sahaja YB DS Shahidan Kassim hilang kerusi MB beberapa tahun lalu.

CUIT SIKIT:

Aku percaya rekod tanpa kalah Kedah bakal berakhir pada;
Berbanding Kota Kinabalu, Alor Setar bukanlah tempat NS selalu tewas. Sama - sama kita nantikan.

HOBEN JANG HOBEN!

SEKRETARIAT FAM TAK KENAL PASUKAN.....

Laman web FAM hari ini telah mengemaskini jadual perlawanan Suku Akhir Piala FA 2014.


Sebagai laman rasmi bola sepak Malaysia, aku fikir Sekretariat FAM sudah tidak kenal dengan pasukan di bawah seliaan mereka sendiri.

Mereka juga yang meluluskan penggunaan nama Johor DT dan Johor DT II itu. Akhirnya, mereka juga yang tidak kenal mana satu pasukan I, mana satu pasukan II.

Kesilapan info di laman rasmi sebenarnya amat menyalahi etika dan tatacara pengurusan.

Boleh agaknya diambil tindakan melalui Artikel 88?

CUIT SIKIT:

Jika tida percaya apa yang anda lihat;

7.2.14

JANG TERUS BANGKIT.....

Usai lima perlawanan Liga Premier hari ini menyaksikan empat pasukan tuan rumah menang. Perlawanan Kedah dan PBAPP FC ditangguhkan bagi memberikan laluan kepada Program Cinta Rasul Peringkat Negeri.

Biarpun menang, ianya bukanlah mudah. Beza jaringan hanyalah satu. Maknanya setiap pasukan hadir dengan persiapan rapi. Tiada lagi pesta jaringan seperti di MD1 dan MD2 lalu.

Kemenangan tipis 2-1 ke atas Felda United FC memberikan tempat kedua buat NS. Cukup untuk membuatkan para PSNS tersenyum. Belum boleh golak laie.

Namun, aku fikir ianya cukup buat pengubat duka kekalahan kepada pasukan yang sama di Pusingan Pertama Piala FA lalu.

Carta Penuh Liga Premier;
NS berada di senarai tiga pasukan belum kalah. Permulaan yang baik dan perlu diteruskan.

CUIT SIKIT:

Ujian seterusnya adalah;
Sekadar makluman, bermula Januari lalu, semua perlawanan di Kota Kinabalu akan berlangsung di sebelah malam.

6.2.14

TKO UNTUK T - TEAM.....

Hari ini telah diputuskan oleh JKPT FAM, JDT I FC layak ke Suku Akhir Piala FA dengan keputusan W/O 3 - 0. Keputusan yang bakal mencetuskan drama bola yang panjang di Malaysia.

Memang ramai yang mengharapkan perlawanan ulangan di arena berkecuali kerana dilihat lebih adil. Namun, aku fikir JKPT FAM tiada pilihan selain membuat keputusan TKO itu.

Sebabnya? Lihat jadual Suku Akhir yang tidak memungkinkan perlawanan ulangan itu.
CUIT SIKIT:

Suratan atau kebetulan, ada sahaja isu di Piala FA ini berkaitan JDT I FC. Musim lalu mereka yang lari keluar Stadium Darul Makmur belumpun sepak mula dilakukan.

Musim ini, T-Team pula yang lari keluar Stadium TSD Haji Hassan Yunos di Larkin. Dan, drama tahun ini lebih menarik kerana sudah sampai ke Balai Polis. Juga sudah ada tuduhan pengkhianat buat pemain sendiri.

Dalam pada ada yang beramuk itu, Empat pasukan NEGERI, Tiga pasukan KELAB dan Satu BADAN GABUNGAN bakal meneruskan perjuangan di Suku Akhir Piala FA 2014.

Barang diingat, pasukan JUARA bakal mewakili Malaysia di Piala AFC 2015. Hanya yang terbaik bakal menjuarai kejohanan panas ini.

3.2.14

DARI PADANG KE BALAI POLIS.....


Episod terkini Insiden Larkin Sabtu lalu adalah seperti di atas.

Sebagai pemerhati atau penyokong atau siapa pun kita, kita lihat dan nantikan sahajalah penghujungnya. Kerana kes itu sudah menjadi Kes Polis, biarlah pihak berwajib menjalankan tugasnya.

CUIT SIKIT:

Apabila Presiden PBNJ dilaporkan sebagai pihak yang mencetuskan insiden, aku fikir bola sepak Malaysia sudah memasuki episod baru.

Lebih hebat daripada EPL. Di zaman Sir Alex dan The Special One sering melakukan provokasi diantara satu sama lain, tidak pulak kedengaran Taukeh dan Presiden Kelab MU serta Chelsea turut bergaduh dan beramuk sesama mereka.

Harap - harap tidaklah berlaku pula Presiden PBNS menyerang team lawan di tepi padang. Maklum sahaja, Tok Mat sekarang ini selalu berada di bench bersama pemain simpanan dan kejurulatihan pasukan.

HOBEN JANG HOBEN! Hoben kito hanyo di padang yo.....

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH