Hari ini telah diputuskan oleh JKPT FAM, JDT I FC layak ke Suku Akhir Piala FA dengan keputusan W/O 3 - 0. Keputusan yang bakal mencetuskan drama bola yang panjang di Malaysia.
Memang ramai yang mengharapkan perlawanan ulangan di arena berkecuali kerana dilihat lebih adil. Namun, aku fikir JKPT FAM tiada pilihan selain membuat keputusan TKO itu.
Sebabnya? Lihat jadual Suku Akhir yang tidak memungkinkan perlawanan ulangan itu.
CUIT SIKIT:
Suratan atau kebetulan, ada sahaja isu di Piala FA ini berkaitan JDT I FC. Musim lalu mereka yang lari keluar Stadium Darul Makmur belumpun sepak mula dilakukan.
Musim ini, T-Team pula yang lari keluar Stadium TSD Haji Hassan Yunos di Larkin. Dan, drama tahun ini lebih menarik kerana sudah sampai ke Balai Polis. Juga sudah ada tuduhan pengkhianat buat pemain sendiri.
Dalam pada ada yang beramuk itu, Empat pasukan NEGERI, Tiga pasukan KELAB dan Satu BADAN GABUNGAN bakal meneruskan perjuangan di Suku Akhir Piala FA 2014.
Barang diingat, pasukan JUARA bakal mewakili Malaysia di Piala AFC 2015. Hanya yang terbaik bakal menjuarai kejohanan panas ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan