Jumlah Paparan Halaman

10.2.11

APA KENA MENGENA PENGERUSI FELDA DAN PASARAN MINYAK SAWIT DUNIA?

Mereka kata; 'Pelantikan Isa Samad buruk untuk pasaran'
Aidila Razak Feb 8, 11 3:08pm
Pelantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu, kata ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tengku Zafrul
“Terdapat banyak GLC yang mempunyai bekas ahli politik dilantik sebagai pengerusi tetapi bagi Felda, adalah kes yang jarang berlaku di mana pasaran bimbang dengan pelantikan itu. Ia memberi isyarat yang salah,” katanya.

Bercakap di forum anjuran badan pemikir, Ideas, Tengku Zafrul bagaimanpun berkata pelantikan berkenaan mungkin disebabkan kekurangan calon di mana jawatan utama di syarikat-syarikat berkepentingan kerajaan mesti diisi oleh calon bumiputera.
Meskipun Tengku Zafrul agak berdiplomasi ketika memberikan alasannya, rakan panel Anggota Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC), Zainal Aznam Mohd Yusof berkata rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran.
Lanjut di http://www.malaysiakini.com/news/155494

BACA JUGA http://www.kl-today.com/?p=12549
Dia jawab….
Isa: Hebat sangat ke orang yang buat kritikan?
Feb 9, 11 7:14pm
"Bila kita dilantik, biasalah ada yang tak suka, orang tak suka saya dari dulu. Apa sahaja jawatan yang saya pegang...ada sahaja yang tidak suka. Biarlah, saya tetap akan terus majukan Felda."

Tan Sri Haji Mohd Isa Samad-Pengerusi FELDA

Mohamed Isa berkata demikian kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini sebagai mengulas dakwaan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, semalam bahawa pelantikannya menerajui Felda adalah suatu yang sedih dan mengakibatkan kebimbangan pasaran.
Mengenai pencapaian Felda, beliau berkata tahun lalu mereka mencapai kutipan jualan keseluruhan tertinggi oleh peneroka sejak 2006 iaitu sebanyak RM1.06 bilion berbanding hanya RM911 juta tahun sebelumnya.
Beliau berkata, Felda pada tahun ini mensasarkan hasil daripada jualan keseluruhan bernilai RM2 bilion.
"Kita juga bangga, daripada 36,000 usahawan yang menghasilkan produk untuk Felda, 33 orang mencatatkan jualan lebih RM1 juta setahun," katanya.

CUIT SIKIT:
Menjawab isu pasaran sawit dan produk pertanian lembap dengan menonjolkan kehebatan FELDA berjaya melahirkan 36 ribu usahawan peneroka, bagi aku bukanlah tepat malah semakin terpesong tambahan pula, hanya 33 orang [0.09166%] yang berstatus jutawan, semakin banyak persoalan yang bakal tampil selepas ini.
FELDA ditubuhkan setahun lebih awal daripada tarikh kemerdekaan negara telah menepati sasaran awal penubuhannya [baca KPI], iaitu, membuka tanah dan penempatan baru dan memberikannya kepada warganegara yang tidak bertanah di kawasan asal penempatan mereka.
Di bawah Akta Kemajuan Tanah (Pindaan 1991), FELDA dikehendaki berfungsi sebagai:
  1. Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah.
  2. Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersil serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan di mana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau di kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya.
  3. Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan di mana FELDA diberikan kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
  4. Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan sosial, penempatan, pertanian, industri dan komersil dalam kawasan FELDA.
Aku fikir, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz,  dan Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, bercakap berdasarkan perkara 2, 3 dan 4 fungsi FELDA, yang jelas menekankan kepada pemodenan sektor pertanian dan perkara – perkara hiliran yang berkaitan.
Yang penting, ianya juga berkaitan aktiviti pemasaran, kerana itulah perkara utama sesuatu produk diusahakan.
Jika timbul keraguan ke atas produk atau pengurusannya, bagaimanakah produk itu  mampu meraih pasaran dan memberikan keuntungan?
Tengku Zafrul  dan Datuk Dr Zainal Aznam pastinya bercakap berdasarkan kepada industri pertanian khususnya sawit secara komersil dan global, yang menjadi lanskap kejayaan FELDA melalui penubuhan lebih 60 syarikat komersilnya, bukan berdasarkan kejayaan usahawan di kalangan peneroka FELDA yang tidak seberapa itu.
Yang perlu anda baca ialah di sini;
Bukannya di sini;
Orang saham dan pemain industri, tidak berfikiran sama seperti orang politik. Begitulah sebaliknya. Namun, itu adalah pandangan yang mengejutkan tetapi berani dan telus dalam konteks pemasaran produk di peringkat global, kerana FELDA membekal hampir 8% daripada jumlah pengeluaran minyak kelapa sawit dunia pada 2009.
Rupa – rupanya, pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA bermula 1 Januari 2011, tidak diraikan dengan karpet merah di kalangan pelabur dan pemain industri pertanian khususnya industri sawit.
Mengapa ye?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH