Jumlah Paparan Halaman

23.2.11

MENJELANG PRK DUN KERDAU, Jangan Buat Lawak La...

GPW Felda jadi jentera terbaik
KUALA KRAU: Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda diingat menjadi jentera terbaik kepada parti Barisan Nasional (BN) dengan menyampaikan maklumat sebenar kepada pengundi sekali gus mengekalkan Felda sebagai kubu kuat parti berkenaan.
Pengerusi Penerokawati Felda, Puan Seri Bibi Sharliza Mohd Khalid berkata, Felda penyumbang utama undian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dan menjadi sasaran terbaik bagi parti pembangkang melakukan ‘serangan’ dengan menimbulkan isu tertentu bagi meraih sokongan.
“Oleh itu. GPW Felda berperanan menerangkan isu sebenar kepada peneroka memandangkan mereka mengetahui dengan baik apa yang berlaku,” katanya pada sidang media selepas Program Gerak Mesra di Felda Jengka 22, semalam.
Dalam program berkenaan, beliau yang juga isteri Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan yang dianjurkan sempena program terbabit termasuk pertandingan gubahan bunga dan memasak.
CUIT SIKIT:

Dua puluh lapan tahun aku berkhidmat bersama FELDA, yang aku tahu dan pernah kendalikan ialah Gerakan Persatuan Wanita (GPW). GPW dipengerusikan oleh penerokawati FELDA yang dipilih dikalangan ketua - ketua GPW di peringkat blok atau rancangan.
Gambar Hiasan: Mesyuarat GPW Rancangan

Peranan mereka untuk menjayakan apa jua majlis dan program di rancangan sukar dan tidak boleh dinafikan. Kaum wanita FELDA (GPW) memang hebat dan tidak banyak karenah.  Itu aku alami sendiri sehinggalah ke saat aku bersara awal Oktober 2010.
FELDA PALONG 9 MEMENANGI ANUGERAH INI KERANA KERJASAMA ERAT JKKR DAN KERJA KERAS GPW
Namun, selepas hampir lima bulan aku tinggalkan FELDA , tiba - tiba muncul pula jawatan Pengerusi Penerokawati FELDA. Ini jawatan yang benar - benar wujud atau jawatan yang wujud kerana kebodohan dan sifat "tara baca" wartawan dan editor akhbar berkenaan?

Pengerusi GPW atau Ketua Penerokawati ini, adalah milik isteri - isteri peneroka yang diberi kepercayaan sebagai pemimpin wanita di peringkat blok, rancangan dan wilayah. Namun, GPW tidak mempunyai struktur tersendiri di peringkat pusat melainkan mereka adalah sebagai Ahli Jawatankuasa Perundingan Peneroka sahaja. Keadaan ini sama seperti struktur JKKR.

Seorang rakan fb aku, yang juga Pemimpin Peneroka mengesahkan, jawatan Pengerusi Penerokawati FELDA itu tidak pernah wujud.

Impak daripada berita itu ialah:

1. Puan Seri Bibi Sharliza adalah sama tarafnya dengan semua isteri peneroka FELDA di Malaysia. Walhal, Puan Seri bukanlah isteri peneroka FELDA. Malah Puan Seri bukanlah generasi kedua FELDA. 

2. Wartawan atau pemberita berkenan berfikir bahawa Tan Seri Haji Mohd Isa Dato Haji Abdul Samad, adalah Pengerusi Peneroka FELDA, kerana beliau adalah Pengerusi FELDA.

3. Pastinya berita berkenaan akan dianggap benar dan betul oleh para lepasan SPM 2010 yang mungkin akan menghadiri temuduga untuk memasuki IPT tajaan FELDA selepas ini. Jika timbul soalan berkaitan GPW dan mereka menjawab Pengerusi GPW adalah Puan Seri Bibi Sharliza, siapakah yang akan dipersalahkan?

HAKIKATNYA:

Peneroka FELDA dan keluarga mereka, adalah satu daripada komponen FELDA yang juga terdiri daripada Lembaga FELDA, Pengurusan FELDA dan juga Kumpulan Syarikat - Syarikat FELDA. Tan Seri Isa Samad adalah Pengerusi FELDA keseluruhannya. Bukannya Pengerusi Peneroka FELDA. Oleh yang demikian, sayugia diingatkan, isteri Pengerusi FELDA juga bukan Pengerusi Penerokawati FELDA.

Wahai wartawan dan pemberita hingusan, belajarlah membaca dan memahami struktur organisasi di FELDA sebelum anda menulis berita berkaitan FELDA. Jika anda generasi kedua FELDA sekalipun, anda pasti tidak tahu banyak tentang FELDA kecuali anda pernah berkhidmat sebagai anggota pentadbiran FELDA.

Jika, anda bukan orang FELDA, belajarlah tentang FELDA dan laporkan berita yang sebenar, bukannya lawak jenaka yang tidak bertempat dan bakal menyusahkan ramai orang.

Sepatutnya, perkataan  Pengerusi Penerokawati Felda, ditulis sebagai Isteri Pengerusi FELDA. Itu lebih tepat dan betul serta tidak mengelirukan ramai pihak.

Menjelang PRK Kerdau ini, janganlah buat berita lawak dan menampakkan kebodohan wartawan dan pemberitanya. TOLONGLAH... I TAK KUASA U!!!! 
Imbas Kembali 14 April 2010:
Saat manis Tan Seri Isa dan Puan Seri Bibi Sharliza 
Jangan kerana berita separuh masak seperti ini, menjelang PRK DUN Kerdau, Tan Seri Isa dan Puan Seri Bibi Sahrliza dituduh mahu merampas jawatan yang sepatutnya menjadi milik peneroka dan penerokawati FELDA, sedangkan bukan taraf  mereka berdua untuk disamakan dengan peneroka dan penerokawati FELDA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH