Denyut Nadi & Suara Marhaen-----
SUDAH LAMA TAK JUMPA
RINDU HATI PADAMU
DUHAI KASIHKU DUHAI SAYANGKU
CINTAKU HANYA PADAMU
[pinjam lirik lagu Keluhan dan Rintihan dendangan D'Llyod]
Dengan sedikit pindaan, aku lampirkan keluhan dan rintihan itu..

Bertahun-tahun RTM yang susah payah menyiarkan bola sepak kepada orang kampung dan akhirnya baru ini Malaysia menjadi juara Suzuki.
Siapa yang bagi UUUUUU monopoli ini kalau bukan QQQQ RRRRR konon semangat BBBBBB. Semangat BBBBBB hanya untuk jadi menteri. Lepas itu semua bagi NNNN TTT dan YYYYYY UUUUUU!!
Siapa yang main bolasepak semua 99% orang BBBBBB.
Yang minat orang BBBBBB. Sekarang FAM suruh RTM guna duit rakyat bagi pada AStro!
Apakah halnya. Macam kacang lupakan kulit. Seburuk RTM itu duit rakyat dan RTM yang selama ini menghidupkan bolasepak Malaysia.
Bila dah untung bagi kat YYYYYY?
p/s: aku hanya meminda ejaan sebenar tetapi ayat dan ejaan lain adalah hasil tulisan asal.
CUIT SIKIT:
BolasepakHakRTM telah meninggalkan ulasan pada catatan aku… " FAM DAH KEMAS – KOAM PULAK RIMAS…. "
Aku tidak mahu menyiarkan ulasan ini sebagai ulasan posting tersebut kerana:-
Aku tidak mahu menyiarkan ulasan ini sebagai ulasan posting tersebut kerana:-
- Pengulas cukup marah sehinggakan bahasa yang digunakannya berbaur perkauman.
- Pengulas hanya melampiaskan amarahnya tanpa kaitan dengan tajuk posting aku tu.
Namun begitu, aku tertarik dengan suara hati marhaen ini yang mungkin mewakili jutaan pencinta bolasepak Malaysia. Mereka ini tegar meminati bolasepak Malaysia, tetapi mungkin tidak mampu ke stadium yang jauh daripada kawasan mereka. Mereka juga tidak mampu untuk melanggan siaran televisyen berbayar.
Salahkah pihak berkuasa bolasepak dan pihak yang berkuasa serta berkepentingan di bidang penyiaran khususnya televisyen, mengkaji semula penajaan dan monopoli hak siaran langsung bolasepak Liga Malaysia ini.
Komersil – komersil jugak, tanggungjawab sosial korporat [CSR] badan – badan ini, bagaimana pulak?
Di saat anak muda Malaysia kembali jinak dengan Liga Malaysia, janganlah patahkan semangat dan sokongan mereka dengan terlalu mementingkan dasar dan hak penyiaran masing – masing.
Kata YAB PM; Sukan Bolasepak Mampu Menyatukan Rakyat Malaysia.
Sebagai sukan nombor satu negara, bolasepak sememangnya mampu menyatupadukan rakyat, tetapi ada pula pihak yang mengambil langkah sebaliknya. Di saat YAB PM sanggup duduk bersila di Bukit Bintang bersama – sama kaki bola menyaksikan kejayaan pasukan negara di Piala AFF Suzuki, takkan kita dengan semudah ABC mematahkan semangat begitu, dengan menafikan keinginan rakyat majoriti yang kurang mampu untuk menonton siaran langsung Liga Malaysia di kaca tv secara percuma.

Aku katakan majoriti kerana di setiap saat dan ketika, terdapat lebih 60 peratus penduduk negara adalah mereka yang berusia belia dan remaja. Benarkanlah mereka berada di rumah setiap malam minggu menghadap televisyen menyaksikan siaran langsung bolasepak Liga Malaysia khususnya siaran percuma. Itu adalah lebih baik, daripada mereka melepak di luar rumah dan menghasilkan lebih ramai anak haram di negara ini.
Jangan cari mereka tatkala mahukan undi sahaja, tetapi minat dan keperluan mereka kita abaikan. RENUNGKANLAH.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan