GAMBAR HIASAN: Semasa Banjir Di Felda Palong Satu baru - baru ini. |
Banjir yang berlaku di satu kawasan Felda baru – baru ini, turut melibatkan empat orang sahabat karib di rancangan berkenaan.
Semasa berada di pusat pemindahan banjir, mereka mengisi masa terluang dengan berbual kisah anak masing – masing.
GAMBAR HIASAN: Semasa Banjir Di Felda Palong Satu baru - baru ini. |
Darihal anak Ali Pan:
“Anak lelaki tunggal aku tu, kerja hebat sebagai doktor pakar di hospital swasta. Gaji lumayan. Rumah besar. Tapi, bujang dan kedekut ”, Kata Ali Pan. “Dengan awek, dia tak kedekut pulak. Baru – baru ni, dia hadiahkan sebuah rumah teres kat awek dia”, tambah Ali Pan.
Darihal anak Samad Darling:
“Anak lelaki aku tu samalah perangainya dengan anak kau tu”, kata Samad Darling kepada Ali Pan. “Harap kerja aje bagus. Jurutera pakar tapi perangai teruk. Dengan mak ayah, jarang amat nak menghulur. Dengan kawan perempuan, mudah sangat memberikan hadiah”, tambah Samad Darling.
“Semasa harijadi kawan perempuan dia, dia hadiahkan sebuah “superbike, patut ke?”, Tanya Samad Darling kepada sahabat – sahabatnya. “Tak patut. Tak patut”, hampir serentak mereka menjawab.
“Semasa harijadi kawan perempuan dia, dia hadiahkan sebuah “superbike, patut ke?”, Tanya Samad Darling kepada sahabat – sahabatnya. “Tak patut. Tak patut”, hampir serentak mereka menjawab.
Gambar Hiasan: Pengerusi Felda menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir |
Kisah anak Udin Bola:
“Dahlah itu saja anak lelaki aku, balik kampong jarang sekali. Kalau balik pun, kita pulak yang menghulur kat dia”, keluh Udin Bola terhadap gelagat anak lelaki tunggalnya, yang merupakan seorang pemain bolasepak negara. “Tapi, dengan peminat perempuan, lembut gigi dari lidah. Baru – baru ini, dihadiahkannya satu unit kondominium pada peminat setianya tu”, rungut Udin Bola.
“Tak kena langsung sikap anak kau tu”, sampuk Wak Parman. “Anak wak macam mana pulak?”, serentak Ali Pan, Samad Darling dan Udin Bola bertanya kepada Wak Parman.
Gambar Hiasan: Pengerusi Felda melihat sendiri keadaan rumah mangsa banjir |
Gambar Hiasan: Pengurus Besar Wilayah Raja Alias [kiri] dan Ketua Peneroka Felda Wilayah Raja Alias berbincang untuk membantu mangsa banjir baru - baru ini. |
“Anak wak yang perempuan tu bagus dan baik orangnya”, kata Wak Parman. “Ada dikasinya wak motor besar. Padahal wak taunya jalan kaki aje”, tambah Wak Parman.
“Rumah tinggi di Seremban tu, dihadiahkan pada wak, rumah yang rendah di Kuala Lumpur tu, dikasi sama ibunya. Baik betul anak wak tu”, kata Wak Parman lagi.
CUIT SIKIT:
Entah buaya, Entah katak : Entah ya, entah tidak.
Aku fikir, kalau ada yang sama waktu dengan sikap dan perangai seperti di atas, berubahlah segera. Ayah dan ibu tiada duanya di dunia dan akhirat. Awek, teman wanita dan teman lelaki, ramai dan senang dicari. Ayah dan ibu, tiada gantinya.
Nota kaki:
Watak – watak yang muncul di atas adalah khayalan semata – mata. Coretan itu adalah suntingan daripada karya asal di mukasurat 49, Mastika edisi Februari 2011. Dapatkan segera di pasaran.
Terima kasih juga kepada rakan – rakan fb [maaf tidak dapat aku sebutkan satu demi satu nama mereka] yang sudi berkongsi gambar banjir di Felda Palong Satu baru - baru ini, dengan aku. TERIMA KASIH SEMUA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan