Jumlah Paparan Halaman

3.2.11

MENGHARGAI-Tetapi Tertinggal 10 Tahun

waktu Mesir lewat 1 jam daripada waktu MAKKAH di sebelah kiri anda.
TERKINI DI MESIR: http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Kejayaan cemerlang anak - anak di sektor pelajaran, samada di peringkat UPSR, PMR atau SPM biasanya akan diiringi dengan pelbagai hadiah dan sumbangan.

Samada daripada ibu dan bapa sendiri, atau daripada pelbagai pihak yang berada di persekitaran pelajar berkenaan.

Namun, pernahkah kita terfikir, hadiah galakan kepada para pelajar cemerlang ini tidak pernah berubah sesuai dengan peredaran masa dan kehendak pembelajaran itu sendiri.

Lihatlah contoh ini:-
CUIT SIKIT:

Aku bukan mempertikaikan sumbangan itu, yang mendapat hadiah dan sumbangan itu, BERSYUKURLAH,  tetapi yang aku ingin membuka minda kalian, ialah:-

Benarkah gambar penerima basikal itu, adalah gambar pelajar yang menerimanya atau ianya hanyalah satu gambar model / mock-up sahaja. Mustahil pada 21 Januari 2011, para pelajar cemerlang UPSR itu, masih memakai seragam Sekolah Kebangsaan.

Bukankah kita mempunyai masa sekitar dua bulan di penghujung tahun 2010 untuk menyampaikan hadiah berkenaan?

Tiadakah hadiah yang lebih inovatif berbanding basikal ini? Inilah hadiah zaman - berzaman yang diamalkan sejak dekad 90'an, di mana jua anda berada di Malaysia ini.

Alangkah baiknya, hadiah itu turut berubah mengikut peredaran masa seperti membuka akaun bank seperti saranan rakan fb aku itu, kerana pelajar cemerlang itu, biasanya akan mendapat biasiswa yang akan dimasukkan terus ke akaun bank pelajar berkenaan semasa di sekolah menengah.

Atau, setiap pelajar cemerlang, dihadiahkan dengan sebuah notebook / netbook sesuai dengan kehendak pembelajaran semasa yang memerlukan pelajar sekolah menengah menyediakan kerja khusus secara berkomputer.

TERTINGGAL 10 TAHUN?

YA!. Kita tertinggal 10 tahun kerana Malaysian Super Corridor {MSC} dan Cyberjaya telah wujud 10 tahun lalu, tetapi, di tahun 2011, hadiah pelajar cemerlang UPSR masih berbentuk basikal yang pastinya tidak akan menjadi kegunaan harian pelajar berkenaan.

Dan, tertinggal 10 tahun itu, melambangkan betapa mundurnya, minda orang kita. FIKIR - FIKIRKAN. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH