Jumlah Paparan Halaman

4.2.11

KOAM + RANAU = RANAP?

RANAU: Apa yang menarik di sana?
Hadiah sukan terbaik sempena Tahun Baru Cina 2011 ialah, SKUAD OLAHRAGA NEGARA BERLATIH DI RANAU, SABAH mulai awal Februari.

MULANYA DI SINI: Nawaitu untuk berubah yang baik dan terbaik.....

PROJEK RANAU: KEPERLUAN ATAU KEHENDAK?

Samada ianya satu keperluan, satu kehendak tekak atau satu manifestasi kedegilan individu tertentu di Kesatuan Olahraga  Amatur Malaysia {KOAM}, mari kita kaji senario berikut:-
  • KOAM umum projek Ranau. Melatih dan berlatih di Kompleks Sukan Ranau yang serba baru sebagai persiapan ke Sukan SEA di Palembang, Indonesia.
  • Majlis Sukan Negara [MSN] selaku penyumbang kewangan, membantah projek Ranau, kerana berpendapat, semuanya ada di Bukit Jalil.
  • Ahli Majlis KOAM mengesahkan Ranau sesuai dan sedia untuk menerima kedatangan pelatih KOAM.
  • MSN akur dengan kehendak KOAM dan meluluskan peruntukan.
KSR: nyaman dan kondusif tetapi belum siap dan lengkap sepenuhnya
  • Lembaga Sukan Negeri Sabah [LSNS] mengesahkan, Kompleks Sukan Ranau belum siap dan belum mempunyai kemudahan latihan.
  • LSNS mengakui, paling awal projek Ranau boleh dimulakan adalah seawal April.
  • LSNS juga mengesahkan, KOAM tidak pernah merujuk kepada mereka berkaitan kemudahan dan penggunaan Kompleks Sukan berkenaan. KOAM hanya berurusan dengan Kementerian Belia dan Sukan Negeri Sabah [baca EXCO Belia dan Sukan, jika anda orang semenanjung].
  • ATLET: Berlatih di Ranau menyukarkan mereka untuk menuntut ilmu
    • Atlet Negara mengesahkan menerima surat pertanyaan daripada KOAM, bila mereka boleh menyertai projek Ranau. Mereka menjadi keliru kerana sepatutnya, mereka menerima surat arahan berlatih di Ranau, bukannya surat pertanyaan bila boleh ke Ranau?
    • MSN mencabar KOAM supaya segera ke Ranau dan berlatih di sana tanpa bertangguh lagi.
    • Sehingga catatan ini ditamatkan, tiada penjelasan oleh KOAM berkaitan tarikh dan tempoh projek Ranau itu.
    • CUIT SIKIT:-
      Inilah minda orang kita terutamanya yang bertaraf OTAI dan kononnya masak dengan dunia mereka selama ini. Keputusan mereka selalunya bukan yang terbaik.
      Keperluan-
      Menjelang Sukan SEA di Indonesia pada November ini, berlatih secara intensif dan konsisten adalah keperluan dan keutamaan demi negara. Tempat berlatih bukan keutamaan, asalkan tempat itu menawarkan kelengkapan berlatih yang cukup, sudahlah.
      Situasi Semasa-
      Hampir kesemua atlet yang terlibat adalah pelajar. Samada di SSBJ atau di IPT berhampiran, status mereka tetap pelajar. Justeru, langkah berlatih di MSN Bukit Jalil yang memang telah lama mempunyai kelengkapan dan prasarana terbaik adalah menguntungkan semua pihak. Di sebelah pagi mereka belajar, di sebelah petang, mereka berlatih acara masing - masing.
      Kehendak Tekak-
      Walaupun dekat dengan Gunung Kinabalu, Ranau bukanlah satu tempat tumpuan utama semua pihak. Kecuali berlaku pilihanraya kecil, tiada siapa mahu ke Ranau melainkan sebagai satu persinggahan semasa perjalanan ke Air Panas Poring.
      Namun, sikap seorang dua di KOAM yang begitu mempertahankan Ranau, aku lihat sebagai harapan dan impian untuk memenuhi kehendak tekak sendiri, bukan sebagai memenuhi tuntutan keperluan semasa, latihan atlet olahraga berkenaan.
      MENGAPA MESTI KE RANAU?
      Kata orang kampong aku, apa lemang pulutnya yang ada di Ranau tu? Sampaikan tak boleh tidak, mesti ke sana. Walhal, Ranau belum bersedia untuk menerima kunjungan KOAM. Tempat lain tidak bolehkah?
      Apabila kehendak tekak mengatasi keperluan, natijah atau dapatannya pasti tidak baik dan bakal gagal menepati harapan negara. Samada di Sukan SEA, mahupun di Sukan Asia, atlet olahraga negara tidak memberikan impak yang berkesan sejak kebelakangan ini.  Lebih banyak kegagalan berbanding kejayaan untuk dibincangkan.
      Tidak hairan sekiranya aku katakan, projek Ranau ini, bakal meRANAPkan satu lagi generasi Jawatankuasa Tertinggi KOAM akibat permainan politik dalaman orang tertentu di KOAM. Tunggulah…..
waktu Mesir lewat 1 jam daripada waktu MAKKAH di sebelah kiri anda.
TERKINI DI MESIR: http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH