Jumlah Paparan Halaman

26.2.11

GWGF TIADA, BAPAK LESAP, MBFM GHAIB...

25 FEBRUARI 2011:
HARIMAU MUDA A [1] LAWAN FELDA UNITED [1]
Liga Super: Harimau Muda A lwn Felda United sambil disaksikan 100 orang penonton termasuk 22 pemain di atas padang.. - via Wan Fakhrul Wan Bakar
 HASRAT PENUBUHAN GWGF antaranya;
Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) adalah sebuah pertubuhan yang merangkumkan beberapa buah badan bukan kerajaan yang memainkan peranan penting di peringkat akar umbi golongan peneroka dan generasi peneroka Felda. GWGF berperanan sebagai agen perubahan yang menjangkaui aspek yang lebih menyeluruh demi kepentingan para peneroka dan generasi peneroka Felda.
GWGF diterajui oleh Y.Bhg. Tan Sri Rozali Ismail yang merupakan seorang tokoh korporat terkemuka dan anak Felda yang paling berjaya. Beliau dibantu oleh ramai tokoh dari kalangan generasi Felda dari pelbagai latar belakang sama ada tokoh korporat, teknokrat, ahli politik, pemimpin masyarakat dan ahli akademik.
Gabungan tenaga para profesional dari kalangan generasi Felda di seluruh Malaysia menjadikan GWGF sebuah badan yang unggul dan sentiasa bergerak seiring dengan aspirasi dan hasrat kerajaan dalam melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang dan terbilang.

Visi Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) adalah menjadi pemacu dalam merealisasikan hasrat membangunkan Potensi Generasi Baru Felda. Ini adalah sesuai dengan teras keempat FELDA.


CUIT SIKIT:

Sebagai pertubuhan yang kononnya memainkan peranan di peringkat akar umbi, sepatutnya, GWGF, BAPAK dan MBFM, mengambil peranan sebagai kumpulan pertama yang menyokong pasukan bolasepak FELDA UNITED yang merupakan aspirasi YAB PM untuk melihat anak FELDA khususnya menjadikan sukan sebagai cara hidup sihat. Tambahan pula, pejabat GWGF dan BAPAK hanya sekitar 500 meter daripada Stadium Shah Alam, tempat berlangsungnya perlawanan itu. Tak habis sebatang rokok pun. MBFM pula bernaung di Anjung Felda, Kuala Lumpur.
Hari ini, bolasepak adalah sukan nombor wahid [satu], menjadi kegilaan anak muda di Malaysia dan boleh memberikan pendapatan lumayan kepada pemainnya kerana dimainkan secara profesional. Bolasepak bukan lagi sukan petang – petang seperti di waktu kecil Pengerusi GWGF di Felda Gedangsa itu. Bolasepak adalah satu industri dewasa ini. Mungkin juga Presiden MBFM tidak pernah bermain bolasepak semasa kecil di Permanis Satu.
Dengan bermain bolasepak secara betul dan bersungguh – sungguh, seseorang anak FELDA itu mampu menjadikan bolasepak sebagai pekerjaan tetap dan mendatangkan pendapatan lumayan serta mampu menjadi modal insan yang cemerlang dan terbilang sepertimana hasrat penubuhan GWGF dan MBFM itu sendiri.
Membawa anak – anak FELDA Gedangsa, Sungai, Tengi Selatan Sungai Tengi dan Kampung Soeharto  menyokong FELDA United, boleh menjadi batu loncatan untuk mereka menanam hasrat dan mengasah bakat untuk menjadi pemain bolasepak satu hari nanti. Tambahan pula, 6 orang pemain FELDA United itu sendiri, adalah anak FELDA, seperti senarai ini:
1.    Mohd Hazsyafiq bin Hamzah (Generasi Ketiga, Pekan)
2.    Md. Hasmarul Fadzir bin Hassan (Generasi Kedua, Segamat)
3.    Muhammad Juzaili Bin Samion (Generasi Kedua Lurah Bilut)*
4.    Mohd Hamsani bin Ahmad (Generasi Kedua)*
5.    Mohd Nizaruddin bin Yusoff (Generasi Kedua)*
6.    Nik Sahrul Hanizan bin Mohamad (Generasi Kedua Bukit Sagu)
*- pernah bermain untuk Malaysia.
Dan adalah perlu untuk GWGF , BAPAK dan MBFM, turut memberikan sokongan padu kepada penglibatan FELDA di persada bolasepak tanahair menerusi kewujudan FELDA United ini, kerana dari situlah bermulanya bersatu dan penyatuan warga FELDA itu. Janganlah hanya melihat FELDA dan warganya, dari kacamata politik dan kepentingan perniagaan sahaja.
KITAkan FELDA UNITED.
nota kaki;
Wan Fakhrul Wan Bakar adalah wartawan sukan Kosmo!
atau

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH