Jumlah Paparan Halaman

22.6.15

ORANG MENANG, KITA MENUNG.....

Usai pusingan pertama Liga premier 2015, pencapaian NS Matrix jauh daripada jangkaan.

Aku fikir, bukan sahaja para PSNS yang terkejut, malah pihak PBNS dan Penaja juga terkedu.

Berbaloikah sokongan moral dan kewangan sekiranya pencapaiannya begini;

LP 11;
Entah mengapa, kejayaan NS Matrix meraih dua kemenangan dalam dua perlawanan persahabatan terakhir, GAGAL diulangi di perlawanan sebenar.

Keputusan di atas bukan kemenangan tetapi KEMENUNGAN.

Sebagai rumusan untuk pusingan pertama, anda selongkarlah sendiri pencapaian yang amat sederhana itu.

Kedudukan setakat pusingan pertama;


Rumusan Pencapaian;

Pencapaian Bulanan;

CUIT SIKIT:

Bila anda kalah dua kali di Paroi [ sebenarnya TIGA, kerana lawan KL tu juga berlangsung di Paroi ], maknanya anda tidak akan ke mana - mana.

Setakat ini, rekod menunjukkan betapa sederhananya skuad kendali K . Devan ini apabila GAGAL menewaskan kesemua pasukan yang lebih atas [ No. 1 hingga 5 ].

Skuad ini juga membuang dua mata apabila cuma seri dengan pasukan tercorot, KL SPA Putrajaya FC.

Jika ini berterusan di pusingan kedua, bolehlah kita lupakan hajat besar nak kembali ke Liga Super 2016 itu.

KITA NAK MENANG BUKAN MENUNG.

Bangunlah JANG. Hari dah tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH