Jumlah Paparan Halaman

29.8.15

MERDEKA BERSAMA PBNS.....

Osah handa eh tekau. 9 juta abih begitu saja. Apa pun takdo.

Sebagai bandingan NS Matrix mencatat 8/22 kemenangan, 8/22 seri dan 6/22 kalah. Peratus pencapaianpungutan mata adalah 48.48%.

Kedah mencatat 72.73% pungutan mata. Manakala Pulau Pinang memungut 68.18%. T - Team di nombor 3 memungut 63.63% daripada keseluruhan mata yang ditawarkan.

Poning ko? Cara kiraan aku mudah jer;

22 perlawanan x 3 mato = 66. Jadi, NS Matrix memungut 32 mata. Secara peratusannya, 32/66 x 100.

Dengan pencapaian tidak mencapai 50%, memang patut pun Mr. Presiden menutup kedai kendalian Devan yang diuruskan oleh Tok Ghani.

SALAH SIAPA KEGAGALAN INI?

Pemain 100% pilihan Mr. Presiden. Gaji puluhan ribu. Nondang guno koting. Nyepak pakai tumit. Nahan bola guno lutut.

Jurulatih juga pastinya pilihan Mr. Presiden. Pengurus juga pilihan Mr. Presiden.

Mungkin kerana semua petunjuk dan telunjuk menuju ke arah beliau, dengan pantas Mr. Presiden dan PBNS meMERDEKAkan pasukan cap kicap tiga ayam ni.

TAHNIAH TOK MAT dan PBNS kerana cepat menutup kedai walaupun sedikit lambat.

CUIT SIKIT:

Aku katakan sedikit lambat kerana tiada tindakan semasa musim berlangsung. Gambar perjuangan separuh musim ini sebenar sudah memberikan petunjuk betapa NS Matrix tidak akan mencapai KPInya sendiri.
Kecuali perlawanan nombor satu dan dua, kita tidak dapat melihat warna hijau secara berturutan. Maknanya pasukan ini tidak konsisten.

Bila tidak konsisten, perjuangan secara liga yang panjang ini pastinya merugikan. Abih 9 juta. Semua kena buang. Semoga pasukan baru musim depan boleh menjadi pujaan para PSNS.

MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH