Jumlah Paparan Halaman

16.2.11

WARGA FELDA HANYALAH TEMAN KETAWA.....

LOKASI: 15 FEBRUARI 2011, STADIUM TUANKU ABDUL RAHMAN, PAROI, SEREMBAN.
ACARA: PERLAWANAN BOLASEPAK LIGA SUPER MALAYSIA 2011
PASUKAN: NEGERI SEMBILAN lwn FELDA UNITED
KEPUTUSAN: NEGERI SEMBILAN 0 - FELDA UNITED 1 [Abd.Ghani Abd. Rahman, min 87]
KEHADIRAN PENONTON: SEKITAR 5 ,000 ORANG.
DUA ORANG KUAT BERTEMU: YAB MENTERI BESAR NS [KIRI] DAN Tn Hj MOHD NOR KAILANY-Timbalan Pengarah Besar FELDA
FELDA UNITED memenangi perlawanan buat kali kedua berturut - turut setelah menang 2-1 ke atas Pahang sabtu lalu.

CUIT SIKIT:

Melihat kepada keputusan ternyata FELDA UNITED lebih baik, sekurang - kurangnya untuk malam tadi di arena bolasepak berbanding Negeri Sembilan. Sebagai makluman, inilah kekalahan kedua - dua berturut - turut buat Negeri Sembilan. Mereka tumpas 0 - 2 kepada Perak di Ipoh sabtu lalu.

Melihat kepada sokongan penonton, ternyata FELDA United hanya menang sabung, kerana Warga FELDA sendiri tidak menyokong pasukan FELDA. Berdasarkan gambar ini, 
Barisan FELDA UNITED di Paroi tanpa sokongan warga FELDA

ternyata kejayaan FELDA UNITED menjuarai Liga Perdana 2010, tidak langsung memberikan kesan kepada warganya.

Di Negeri Sembilan, ada 16,429 keluarga peneroka Felda yang setiap isi rumahnya dianggarakan purata 5 orang. Dengan nisbah itu, senang - senang ada lebih 80 ribu warga FELDA di Negeri Sembilan. Jika malam tadi setiap keluarga peneroka FELDA menghantar 2 orang ahli keluarga mereka ke stadium, senang - senang ada lebih 30 ribu penonton yang menyaksikan perlawanan, pastinya penuh sesak stadium berkenaan.

SOKONG FELDA TIDAK, SOKONG NEGERI SEMBILAN PUN TIDAK:

Samada sokongan itu condong ke arah pasukan negeri atau pasukan FELDA, itu bukan isu. Tetapi, kehadiran ramai penonton ke stadium akan memberikan pendapatan yang tinggi kepada pasukan tuan rumah dan turut dinikmati sebahagiannya oleh pasukan pelawat. Daripada pendapatan hasil daripada jualan tiket dan penajaan itulah digunakan untuk pengurusan persatuan dan pasukan. Itulah bolasepak profesional.

Tetapi, rupa - rupanya, warga FELDA ini hanyalah kawan ketawa kepada FELDA dan kerajaan Negeri Sembilan. Setelah mendapat tanah dan rumah [walaupun bukan percuma], setelah mendapat pelbagai keistimewaan menjelang hari raya aidilfitri dan hujung tahun, disediakan dengan pelbagai pinjaman mudah dan bantuan, malah sebaik sahaja meninggalnya warga FELDA itu, waris mereka akan menerima bantuan pengurusan dan pengebumian jenazah, mereka masih tidak tahu dan tidak mahu berterima kasih kepada FELDA dan kerajaan negeri, dengan hadir ke stadium menonton dan menyokong pasukan bolasepak negeri anda atau pasukan FELDA UNITED.

Wahai warga FELDA, luangkanlah sedikit masa dan pendapatan tuan - tuan yang semakin lumayan itu untuk hadir ke stadium - stadium berhampiran dan berikanlah sokongan kepada pasukan negeri atau pun FELDA UNITED. Itulah salah satu cara kita menzahirkan terima kasih kita kepada FELDA dan kerajaan. Takkan masih mengharapkan tiket percuma. Miskin sangat ke warga FELDA ni?

Atau, warga FELDA sememangnya suka dicop sebagai golongan yang tidak tahu berterima kasih. FIKIRLAH : RENUNGLAH ke dalam diri anda sendiri.

Apa katamu ANAK dan BAPAK?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH