Jumlah Paparan Halaman

13.2.11

Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi

Lagu : M. Nasir Penulis Lirik : S. Amin Shahab  Artist: Alleycats
Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Untuk gadis pilihan oh.. di bulan Februari
Mulanya cinta bersemi dan kehadiran
Ribuan mimpi-mimpi oh di bulan Februari
Kemesraanmu dan cintaku
Berlagu dalam irama nan syahdu
Tapi mengapa hanya sementara
Cinta yang menyala padam tiba-tiba
Terkenang kembali lagu cinta lama
Kisah mawar merah berduri
Menusuk di hati
Haruskah ku ulangi
Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara
Api yang menyala padam tiba-tiba
Sekuntum mawar merah sebuah puisi
Di bulan Februari

CUIT SIKIT:
Kerana “ hari valentine “ yang biasanya disambut setiap 14 februari, riuh geger satu Malaya hinggakan ada pihak yang mendesak supaya pendakwah wanita tersohor digam daripada siaran televisyen. Hinggakan ada Mak Menteri berkata, ada pelancong asing telefon dia dan beritahu takut nak datang ke Malaysia kerana ada usaha luar biasa dan ‘liar biasa’ untuk mencegah sambutan hari berkenaan di Malaysia.
Dalamasa yang sama, pihak JAKIM berkata “JAKIM akan menguatkuasakan undang-undang dan memperketatkan pemeriksaan serta operasi pada hari berkenaan”. Permohonan aku satu je, lagu di atas tu jangan pulak nak diharamkan siarannya.
Apa punya cerita ni? Lagi kuat kita geger, lagi riuh kita bising, lagi meriah valentine itu akan disambut.
Sebabnya, secara tidak sengaja, kita yang kononnya tidak menyambut valentine itu, telah memberikan promosi percuma dan menimbulkan keghairahan serta sifat ingin tahu para remaja yang sememangnya menjadi kumpulan sasaran promosi parti valentine berkenaan.
Jangan salahkan remaja sekiranya mereka terikut – ikut budaya asing berkenaan kerana mereka adalah produk kepada kegagalan sistem pendidikan ciptaan kita sendiri.
Benarkah begitu? Bagi aku, inilah kesan dan dapatan daripada sistem pendidikan yang terlalu mementingkan A menerusi peperiksaan UPSR,PMR dan SPM. Tanpa kita sedari, kesedaran sivik dan moral tidak pernah ditanam secara berkesan bermula di tahun pertama persekolahan individu itu.
Buktinya, yang diambilkira dan diuji di peringkat UPSR, tiada subjek yang berkaitan moral dan agama. Betulkan?Sepatutnya, di peringkat sekolah rendah inilah penerapan nilai murni seperti kesedaran sivik, kenegaraan, moral dan agama dititikberatkan serta diuji keberkesannya menerusi peperiksaan UPSR.
Ramai ibubapa sanggup mengeluarkan modal menghantar anak ke kelas tuisyen di hujung minggu demi mengejar A, dan, dalamasa yang sama berapa ramai pula ibubapa yang menghantar anak mereka, juga di hujung minggu ke kelas tuisyen moral dan agama masing – masing? Lu jawab la sendili.
Selamat Hari Valentine dan jangan terlibat untuk menyambutnya. Jika merasakan perlu menyambutnya, cukuplah sekadar  dengan hadiah coklat  dan bunga mawar, bukannya menghadiahkan maruah dan harga diri kepada kekasih anda. Ada faham????

Kalau kita menanam besi, mana mungkin, kita boleh menuai padi. FIKIRKANLAH!
KARAOKE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH