PRU 13 & PRU12 di NS tidak membawa sebarang perubahan besar.
Yang jelas dan nyata, di setiap Kawasan Parlimen kecuali Kuala Pilah, pihak PR sudah bertapak. Begitu pun, di Pilah, calon PR hanya tewas dengan majoriti 113 undi.
Maknanya, di semua pelosok negeri pengaruh PR semakin naik khususnya di kawasan bandar dan pekan. Di Ampangan, sosok alim calon BN hanya membolehkan beliau menang dengan majoriti 89 undi sahaja.
CUIT SIKIT:
Amat menarik, di puncak dan di kaki negeri, sudah jelas warna merahnya. Di rusuk kiri, biru kian tersepit. Jangan pula dalam tempoh lima tahun lagi, warna biru kian pudar di rusuk kanan.
Eloklah Kerajaan Negeri yang baru nanti memberikan lebih tumpuan untuk memperbaiki mutu jalan raya khususnya di Gugusan Palong. Molek juga sekiranya didengari suara rakyat marhaen yang kian dicengkam inflasi.
Esok, mulakanlah kerja memadam warna lain tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan