Jumlah Paparan Halaman

30.5.13

KENYATAAN RASMI FAM.....

Perlawanan Separuh Akhir ke-2 Piala FA di antara Pahang dan Johor Darul Takzim FC
Thursday, 30 May 2013 01:24
Berikut adalah keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ke-24 pada 29 Mei 2013.
1.    Perlawanan dimainkan semula berasaskan perkara 1.1.11, PPLM 2013-2016 di venue berkecuali iaitu Stadium Nasioanal Bukit Jalil, jam 4.15 petang pada 1 Jun 2013
2.    Harga tiket adalah RM15 bagi semua tempat duduk.
3.    Pasukan Pahang kekal sebagai Pasukan PTR (Pasukan Tuan Rumah) dan pengelolaan perlawanan adalah di bawah tanggungjawab FAM dengan kerjasama PB Pahang.
4.    Tiket yang dibeli untuk menyaksikan Perlawanan Separuh Akhir ke-2 Piala FA 2013 pada 28 Mei 2013 boleh ditebus di pejabat PB Pahang dengan syarat membawa keratan tiket.
5.    Pasukan Pahang didenda sebanyak RM100,00.00 di atas kesalahan-kesalahan berikut:
·      Kelemahan keselamatan sehingga membolehkan Penonton kedua-dua Pasukan masuk dan duduk di atas balapan stadium sebelum perlawanan.
·      Selepas pengumuman penangguhan perlawanan, terdapat Penonton daripada kawasan tempat duduk Penonton Pasukan Pahang dari sebelah kiri Pentas Utama telah meluru ke arah Penonton Pasukan JDT FC tetapi sempat dihalang oleh pihak polis.
6.    Pasukan JDT FC dikenakan denda sebanyak RM20,000.00 di atas kesalahan-kesalahan berikut:
·      Terdapat Penonton Pasukan JDT FC yang duduk di atas balapan sebelum perlawanan bermula.
·      Pegawai dan Pemain Pasukan JDT FC telah meninggalkan stadium sebelum tamat 90 minit masa menunggu.
7.    Denda yang dikenakan adalah berasaskan Perkara 2.1.2, PPLM 2013-2016.
sumber


CUIT SIKIT:

Aku harap dengan kenyataan ini, ramai pihak terutamanya yang hanya datang menyokong pasukan masing - masing, tanpa fakta dan data akan memahami bahawa;

Sebarang masalah yang ditimbulkan penyokong, bukan tuan rumah sahaja yang dipersalahkan.

Tidak timbul soal di mana perlawanan berlangsung, para penyokong terutamanya bebudak baru naik, tingkah laku anda yang silap bakal membolehkan FAM mendapat dana tambahan.

Jika benar anda profesional, jangan keluar stadium sebelum tamat masa menunggu selama 90 minit yang diperuntukkan dalam peraturan pertandingan.

Tiada jalan mudah untuk mendapat kemenangan percuma. Jangan fikir, lari balik ke hotel boleh memberikan kemenangan percuma kepada pasukan anda.

Kepada pihak PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI, bersedialah dengan SKRIN BESAR di luar stadium masing - masing sekiranya ada perlawanan bertaraf tinggi seperti Separuh Akhir Piala FA ini. Sedikit sebanyak boleh membantu penyokong tanpa tiket untuk menonton tanpa perlu merobohkan mana - mana pintu masuk stadium.

Mungkin sudah tiba masanya untuk mengadakan zon pemeriksaan tiket kebih jauh daripada pintu masuk sebenar, supaya limpahan penonton dapat dikawal lebih awal.

DAN, akhirnya, JANGAN SALAHKAN ORANG LAIN di atas kejadian yang berlaku tempohari. Semua pihak adalah bersalah terutamanya yang cuba berlagak tuan rumah di kandang lawan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH