Saban tahun, episod ini akan berulang. Terus berulang dan tiada penghujungnya. Episod menukar Jurulatih dan menukar pemain demi menambahbaik prestasi pasukan untuk cabaran baharu adalah proses biasa. Ianya tidak perlu dipertikaikan.
Sebelas wajah baharu berada di Skuad Liga Super 2013 NS. Bermula dari Ketua Jurulatih sehinggalah ke Pemain Impot.
Amat menarik kerana ada dua muka muda yang dinaikkan pangkat daripada Skuad Piala Presiden dan SUKMA ke Skuad Utama. Dan, kedua - duanya adalah ANAK FELDA NS. Seorang dari FELDA JELAI, seorang lagi dari FELDA PASOH 3.
Semua perubahan ini pastinya berkait rapat dengan pencapaian 2012 yang amat sederhana biar pun NS mengekalkan pencapaian menang sekurang - kurangnya SATU PIALA SETIAP TAHUN bermula 2009.
Sepintas lalu, pencapaian NS 2012 adalah;
Kenali wajah para pemain Liga Super 2013 untuk NS;
Sentuhan ala Portugal bakal mewarnai corak permainan NS di musim hadapan. Pemergian Farizal Marlias ke Perak segera digantikan oleh seorang penjaga gol hebat.
Di pintu gol, Anak Kampung LBJ, Hamsani Ahmad pasti menjadi taruhan.
Menariknya, lapan belas tahun lalu, beliau memulakan karier bola sepaknya di STAR Paroi. Dan, aku fkir, dalam tempoh setahun dua ini, beliau bakal menamatkan kerjaya juga di STAR Paroi.
Bada dan khususnya Kahar perlu segera belajar daripada Hamsani bagaimana untuk kekal berprestasi tinggi. Dengan Bada bukan lagi terlalu muda, Kahar seharusnya cuba merebut posisi selaku Penjaga Gol Kedua NS.
Sebelas pemain tersenarai di posisi pertahanan. Empat muka baharu termasuk seorang pemain impot. Paling menarik adalah kejayaan Duan Pasoh Tigo berada di senarai itu.
Aksi cemerlangnya semasa SUKMA 2012 membawa beliau ke Skuad Liga Super 2013. Harapan aku, semoga Duan bakal menurut jejak Rahman Zabul [ Anak Felda Lui Muda ] yang pernah menjadikan BEK KANAN itu sebagai milik beliau.
Malah, ada seorang Imam tidak pernah gagal hadir ke STAR Paroi, hanya kerana minatnya kepada Rahman Zabul yang tidak henti berlari di sepanjang 90 minit permainan.
Tatkala Rahman Zabul akan menyarung jersi Felda United musim hadapan, aku amat berharap agar Duan Pasoh Tigo bakal menyinar musim hadapan bersama - sama NS.
Di bahagian midfield dan serangan, NS nampaknya cuma bergantung kepada barisan campuran. Ada Otai NS. Ada juga OTAI impot tempatan. Dan, ada penyerang baharu yang sekampung dengan Messi.
Hajat untuk membawa Andik [ Messi Indonesia ] gagal. Akhirnya, NS membawa masuk orang kampung Messi Argentina. Begitu pun, aku ingin melihat King yang sudah terlalu lama di bangku simpanan itu, turun bermain di kesebelasan utama. Buat King Firdaus, jadikan 2013 nanti sebagai tahun anda.
HARAPAN SEMUA:
Sebagai penyokong yang adakalanya mengkritik, aku ingin melihat NS 2013 bermula garang. Bukan setakat garang tetapi konsisten garang sehingga ke penghujung musim.
CUIT SIKIT:
Setelah sekian lama, aku fikir, NS seharusnya menjadikan ini sebagai sasaran,
Menanglah samada Liga Super atau Piala FA atau kedua - duanya sekali. Itulah tiket ke Piala AFC 2014.
PIALA MALAYSIA? Menang Piala Malaysia cuma sekadar menang Piala Warisan Zaman - Berzaman tetapi tidak membawa ke Asia.
HOBIN JANG HOBIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan