Sebahagian lirik lagu Hobin Jang Hobin berbunyi,
SEMUO PIALO KITO PUNGGAH
PUNGGAH PUNGGAH PUNGGAH
Punggah membawa maksud ANGKUT dari satu tempat ke satu tempat lain.
Dalam ertikata bola sepak Malaysia, setelah semua piala [ Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia ] berada di Kota Bharu selama semusim, eloklah sekiranya semua berkenaan kita angkut pula ke Seremban.
Semuanya amat mudah jika dinyanyikan. Lebih mudah jika menyanyi ramai - ramai. Suara ke laut pun boleh kedengaran sedap. Itu jika dinyanyikan. Lain halnya jika di padang sebenar.
Januari 2013 tidak akan menjanjikan sebarang piala buat NS. Jika Januari 2012 memberikan Piala Sultan Ahmad Shah sebagai pemenang perlawanan sumbangsih, 5 Januari 2013 bakal menyaksikan samada Kelantan atau ATM yang akan menjulang piala berkenaan.
Januari 2013 bakal menjanjikan aksi panas dengan lima pasukan bakal menjadi tentangan kepada NS.
Selangor, Terengganu, Perak dan Kelantan adalah empat pasukan yang mengakhiri Liga Super 2012 di kedudukan lebih atas berbanding NS. Sebagai rekod, NS berada di kedudukan ke enam manakala Selangor [3], Perak [4] dan Terengganu [5]. Kelantan pula sahlah di nombor satu.
2013 adalah tahun baharu. Barisan baharu. Gaji pemain dan pihak kejurulatihan pun baharu. Rangking lalu tidak penting. Bab kata King Gobal, apa ada pada ranking. Yang penting adalah persembahan dan form semasa perlawanan.
Jadual perlawanan pada Januari,
bukan sekadar lima perlawanan panas tetapi ada enam semuanya. Yang ke enam itu adalah pusingan pertama Piala FA [ 25/01/13].
Yang ke enam itu wajib dipandang serius biarpun pihak pencabar hanyalah pasukan IPT yang bermain di Liga Premier. Sejak 2011, NS tidak pernah menang di pusingan pertama Piala FA. Badi menjuarai piala berkenaan pada 2010 seakan - akan menghantui NS di dua musim terakhir ini.
Berbalik kepada Liga Super, keputusan 2012 adalah seperti berikut;
NS dan lawan - lawannya mencatatkan keputusan yang bagi aku 50/50. Menang di Paroi tetapi kalah di arena lawan. Ada juga seri di Paroi tetapi menang di arena lawan. Begitu juga sebaliknya. Dan, dengan Kelantan, NS nampaknya terpaksa tunduk samada di Paroi mahupun di Kota Bharu.
PAHANG? Tiada rekod pertemuan pada 2012. Maklum sahajalah, negeri aku itu hanya bermain di Liga Premier dan muncul Naib Juara 2012, liga berkenaan.
Apa - apa pun, LAWAN TETAP LAWAN. Misi memunggah semuo piala itu bakal terjawab usai kesemua enam perlawanan pada Januari 2013.
CUIT SIKIT:
30 Disember nanti bakal berlangsung perlawanan pusingan kedua Siri Nusantara diantara NS dan Semen Padang FC.
Kekalahan 1-2 dengan prestasi belum mantap pada 23 Disember lalu wajar dibalas.
Bukan setakat menang. Anak - anak buah Divaldo Alves seharusnya mempamerkan aksi terpuji di Paroi nanti.
Aku percaya, ramai PSNS bukan sekadar ingin melihat NS monang. Lebih daripada itu, mereka mahukan kemenangan dengan persembahan tektikal yang sukar diatasi lawan.
Sehingga tibanya detik itu, HOBIN JANG HOBIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan