Kali ini, suka atau tidak, aku terpaksa ucapkan TAHNIAH & TERIMA KASIH buat King Gobal.
Kedua - duanya datang serentak kerana beliau berjaya dengan cemerlangnya membawa Harimau Malaya ke Separuh Akhir Piala AFF Suzuki 2012. Di akhbar hari ini tertera kenyataan beliau,
Dan, kerana bukan kegagalan King Gobal itulah, Rabu dan Sabtu ini, jadual Final Piala AFF Suzuki 2012 adalah seperti ini,
Memang dasar pembelit. Ketua Jurulatih Juara Bertahan ini rupa - rupanya amat kerdil sasarannya. Sepatutnya, sasaran adalah ke Final sekurang - kurangnya. Sebabnya? Jika di peringkat ASEAN ini pun kita gagal menjadi 'top two', mana logiknya untuk kita mensasarkan berada di top 16 Asia pada 2015 nanti?
Tidak salah mensasarkan Piala Asia 2015 di Australia itu. Itu satu motivasi terbaik buat pasukan. Namun, janganlah pula kita membuat sasaran ciput di peringkat serantau. Jika Asia menjadi sasaran, ASEAN pula sepatutnya kita takluki.
Setahu aku, sebelum menyertai mana - mana kejohanan, pasti pihak berkuasa pasukan akan memberikan sasaran rasmi mereka. Ketika pihak Kementerian Pengajian Tinggi mensasarkan 36 pingat emas di Sukan Universiti ASEAN dengan Emas menerusi bola sepak, FAM langsung tidak mengeluarkan sebarang sasaran rasmi untuk dicapai oleh King Gobal di Piala AFF 2012. Memang dasar putar alam.
BENARKAH KING GOBAL TIDAK GAGAL?
Statistik di bawah adalah jawapannya.
Memang dasar penakut sekiranya gagal itu dikatakan berjaya. Berjayakah Harimau Malaya di AFF sekiranya purata jaringan Laos lebih tinggi daripada pasukan King Gobal?
Berjayakah kita jika kadar jaringan itu baik sedikit daripada Indonesia yang persatuan bola sepaknya sedang menuju kehancuran itu?
Sewajarnya King Gobal tidak boleh mendabik dada mengaku tidak gagal. Beliau sebenarnya GAGAL kerana selepas dua tahun menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, secara tenikal dan taktikalnya pemain Malaysia masih seperti dua tahun lalu.
KEHANCURAN SEBUAH IMPIAN RAKYAT MARHEAN:
Dipaparkan kepada anda rentetan kehancuran itu.
Kekalahan di perlawanan pertama itu adalah 'turning point' kepada kehancuran hati 28 juta rakyat Malaysia. Turun dengan reputasi sebagai Juara Bertahan di halaman sendiri, King Gobal gagal memotivasikan anak - anak buahnya untuk mempamerkan permainan berkualiti dan meyakinkan. Di akhir perlawanan, Ultras Malaya membuat demo aman dan mengepung bas pasukan.
Dua kemenangan ke atas Laos dan Indonesia sekadar menunaikan hajat King Gobal seorang. Cuma layak ke separuh akhir adalah hajat peribadi King Gobal. Bukan hajat dan kehendak 28 juta rakyat Malaysia. Hajat FAM? Hontah apo - apo. Tiada siapa daripada pihak FAM yang menjelaskan sasaran sebenar mereka di Piala AFF kali ini.
KEHANCURAN YANG BERTERUSAN:
Turun selaku tuan rumah di Leg 1 Separuh AKhir 2 itu, sepatutnya memberikan sedikit kelebihan buat Harimau Malaya.
Thailand yang mempunyai ranking jauh lebih baik berbanding Malaysia adalah lawan yang sukar. Menang tipis di Bukit Jalil boleh memberikan motivasi terbaik buat para pemain untuk menghadapi Leg 2 di Bangkok selepas itu.
Jaringan Mat Yo di minit ke 48 sudah memberikan sedikit kelebihan dan diraikan bagai gol emas di final oleh puluhan ribu penyokong di stadium dan jutaan lainnya di pelbagai lokasi.
Selepas dua tahun menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, secara tenikal dan taktikalnya pemain Malaysia masih bermain seperti di Liga Malaysia.
Siapakah yang sudi untuk mengawal Piyaphon? Lihat juga cara Aidil melangkah ke garis pertahanan. Beliau berlari secara membelakangkan bola.
Sebagai pemain pertahanan, beliau sepatutnya sentiasa menghadap bola. Caranya? Bergerak secara mengundur. Lihat juga arah badan Bunyamin.
Bahasa badan para pemain pertahanan ini menjelaskan betapa mereka tidak mengikut prinsip bertahan sebenar [ aku pinjam ayat Richard Scully ].
Sehingga ke saat Piyaphon mendapat bola hantaran Teerasil, tiada siapa pun pemain Malaysia yang menghampirinya.
Setelah Piyaphon berlari bersama bola, barulah Kuna sampai. Bunyamin pula masih kekal di hujung kotak penalti itu.
Fadhli Shas berlari ke arah Sompong. Mungkin sangkaan beliau, Sompong akan diberikan bola oleh Piyaphon.
Lihat ke mana hantaran sebenar Piyaphon.
Piyaphon tidak menghantar bola kepada Sompong. Sebaliknya hantaran itu dihalakan ke tengah - tengah petak penalti Malaysia, mencari Teerasil Dangda. Lihat aksi Garry Robbart yang langsung tidak menghadap bola semasa proses bertahan ini.Garry Robbart juga tidak mempedulikan gerakan tanpa bola oleh Teerasil Dangda itu. Hasilnya,
Teerasil Dangda berjaya membuat tandukan maut setalah Aidil tidak mampu melompat mencabar bola. Aidil hanya mampu melakukan aksi 'pogang tolor' Teerasil.
Videonya di,http://www.youtube.com/watch?v=47qVLAvhSgY
Aku banyak pinjam ayat Richard Scully sebab beliau selalu berkata King Gobal sangat pentingkan taktikal dan teknik permainan yang baik oleh para pemainnya.
Di Astro Arena, Richard Scully sering bercakap soal perinsip bertahan. Cakapnya benar tetapi, masa dia bercakap benar itu, manalah pemain dengar. Sebabnya, semasa beliau mengulas, para pemain sedang sibuk mengejar bola dan duit di padang.
CUIT SIKIT:
Kejayaan terbesar King Gobal tahun ini adalah kekeliruan beliau samada untuk menurunkan Faizal Muhammad selepas Fadhli Shas di buang padang semasa perlawanan Leg 2 di Bangkok.
Yang kena buang adalah pertahanan tengah tulin. Wajib penggantinya adalah pertahanan tengah tulin juga.
Sekarang ini, hanya ada 3 pemain pertahanan tengah tulin bersama Skuad Harimau Malaya. Selain Faizal, kita cuma ada Aidil dan Fadhli. Apabila Fadhli bermasalah, Faizal sepatutnya dimasukkan segera.
Malangnya, King Gobal mengarahkan Amar Rohidan yang tidak pernah seumur hidupnya bermain sebagai pemain pertahanan mengisi kekosongan itu. Akhirnya, Amar gagal menampan bola dengan baik bagi memberikan laluan untuk Teerasil mendapatkan gol pertama Thailand.
Ternyata King Gobal tidak mengenal pemainnya. Bercanggah sama sekali dengan ayat keramat beliau, " SAYA KENAL DENGAN PEMAIN SAYA ".
APA - APA PUN, TAHNIAH KING GOBAL kerana kembali membawa Harimau Malaya ke tahap sebelum 2010. Tahap di mana kita tidak MENANG SABUNG apa - apa pun kecuali MENANG SORAK.
bro, gua tggu je lu komen pasal NS Betaria didrop dr liga premier. tp xde pn.
BalasPadam