Jika tiada pindaan, 8 Januari 2013 akan bermula Liga Malaysia musim baharu.
Tiada satu pun pasukan yang mengekalkan muka lama. Semuanya merombak barisan pemain dan pegawai. Tidak terkecuali NS.
Dan,
Red Giants menanti Rusa di Shah Alam.
NS dengan pasukan berwajah baharu diterajui oleh Ketua Jurulatih dari Portugal pasti mahu mencari kejayaan sulung biarpun bermain di arena lawan. Selangor di bawah bimbingan Irfan Bakti dengan barisan pemain baharu pasti mahukan kemenangan sulung di arena sendiri. Satu perlawanan yang dijangka menarik dan sengit.
Sementara menantikan detik itu, kita kenali dahulu siapa di belakang tabir pasukan NS 2013.
Walau pun bertukar Ketua Jurulatih, Ahmad Osman [ AO ] terus di situ. AO sudah lama di posisi Jurulatih itu. Para pemain lama NS yang masih bersama, pastinya sudah biasa dan selesa diasuh oleh AO.
Namun, bukan AO yang bakal menentukan strategi dan 'game-plan' NS. Yang bakal mencongak strategi dan taktik adalah Ketua Jurulatih dari Portugal bernama Divaldo Alves [ DA ].
Musim 2013 menyaksikan NS memulakan gerak ala profesional apabila DA dilantik juga selaku Pengurus Pasukan. DA dah sama dengan Sir Alex Ferguson, Pengurus MU itu.
Tiada lagi nama Datuk Halim di kerusi itu. TAHNIAH PBNS kerana melantik Ketua Jurulatih sebagai Pengurus Pasukan maknanya, pihak pentadbiran persatuan tidak mencampuri lagi urusan di padang. Maklum saja, Datuk Halim adalah Setiausaha PBNS.
Bagaimana pun, Malaysia tetaplah Malaysia. Tanpa Datuk Halim selaku Pengurus, muncul pula satu nama biasa dan amat sinonim dengan NS, iaitu FAIZAL ZAINAL [ FZ ]. FZ tidak dilantik sebagai Pengurus tetapi bertindak selaku Penolong Pengurus.
Setahu aku, FZ sekarang ini memegang jawatan Setiausaha Eksekutif PBNS. Maknanya, beliau adalah orang yang memegang teraju pentadbiran PBNS sepenuh masa di Medan Rahang itu. Dalam ertikata yang lain, semua urusan rasmi PBNS termasuk urusan pembayran gaji adalah di bawah kendalian beliau.
Dan, FZ ini amat sinonim dengan huru - hara di zaman Wan Jamak dahulu. Ketika itu, FZ adalah Penolong Pengurus pasukan. Di khabarkan oleh Sang Murai, FZ ini gemar mencampuri urusan pemilihan pemain sebelum perlawanan. Betul ke? Entahlah. Aku tak mahu cerita panjang sebab aku tidak pernah ada di bilik persalinan sebelum atau pun sesudah permainan.
Beberapa hari lalu, ada posting
di wall PSNS dengan foto di atas
bertajuk;
Dari
garis teknikal.
Inilah
gandingan yang akan memacu NS ke mercu kejayaan 2013.
Mengejutkan apabila maklum balas
ahli PSNS lebih banyak - daripada +. Dalam ertikata lain, Jang Hobin Jang bukan Hobin Jang Hobin.
Zaril AL-Yahya
ghaso
eh....takkan tercapai cito2 N9 utk dapekkan at least 1 pialo musim 2013 nanti
kalau yg baju putih tu ado.....
Al Ghazali
Puiiii....alves
ok la..mcm mano parasit sebolah eh tu ..
Adhwa Azahari
kiri kasi out
la.
Fauzi Ali
yg kanan den
cayo la...belah kiri tu payah sikit la......
Mohd Nazrol
Hahahahaha. Ni
admin ckp memacu??? Ikan pacu adolah... xdola do...lingkup poikkk..
Syafix
Kamarullah
bilo maso lak
fz nie bawak nogori monang?krisis dio sobab n9 menurun skg...tgk yola apo jadi
next season igt kan dio kabo dh letak jawatan dulu dah xdo tp totap samo yo...
Aznieza Azna
slagi FZ ado
dlm n9,makin toruk la team kito.hrp2 dio ni ltk jwtan lg bguz.poyo yo mamat ni.
Nazri Nzec
dialog eh bih
krg camni...."kau nk kojo sonang ko kojo susah? kalu nak kojo sonang ikut
yo ckp den, gaji dapek samo yo..."
M Aznawi Mat
Awan
FZ...alahai...mugo
tahun nji tak berlaku involvement kurang wajar dari FZ kepado coaching
committee laie...
Nordin Samek
apo pulak yg
sobolah kiri tu monyibok kek situ...? abihlah ....hampehlah jawab eh....tim
nismilan ni....
Fadlee Padir
season dopan n9
akan jd team sakit kek MSL
Fizz Faizz
lawak petang yg
agak baik
Miura Zeck
Hahaha FZ
memacu kejayaan ke menuju kejatuhan dngan adanya duri dlam dging mcm FZ ni..
Muhamad Amizi
Saripudin
Memacu kejayaan
ke atau melingkup kn ni?
Azmi 'Jeamie'
beriyo bincang cr strategi camno nak main kek Liga Perdano lak....
Ajim Salleh
Mendoza
kitol??memacu
kejayaan??erkkkkk...ok...bye...
Quik Siler
y kri tu
memunah bole la..
Lobai Nizam
abish an boreh
jo pezal tu
Kamil Yusof
muko dh
iras2,jodoh panjang nie...choii..
Amir Nikman
mcm komba plak
kan... hehe
Boy Shack Azniraaznir
klu tngok btul2
muko diorg mcm adik bradik kan..hahaha
Shafiq Mazlan
dh mcm adik
beradik dh..pndai ckp potugal nt ni..
Afad Mohamad
Parop
cam hampeh..
Omar Mokhtar
Dh adik beradik
nie...patutlh nmpak serasi yo..
Faizal Helmy
xdee ngam eh do
kalo sorg tu ado..polak den tgk..!!
Kendong Apoi
komba ko ni..
Mohd Farid
kaki bongak
..mengalahkan menteri besak
Nik Nor Amin
samo tapi tak
serupo.... masing2 longot...!!!
Azhar Kechik
mke cm yakin
jew...abih la n9 taun dpan
Kete Konan
maso monang xdo
plak kutuk FZ ni..time kalah mcm2 kutuk..haha..termasuk la den skali..nasib la
FZ..nasib kau lebih kurang mcm rajagopal yo ni..
Fard Lie
faizal zainal
dan divaldo zainal...
SmiLe Alwaizz
aik??? komba
la...hehehe
CUIT SIKIT:
Aku malas nak komen bab FZ tu. Cuma, biarlah kecoh dan huru - hara era Wan Jamak tidak berulang kembali di era Divaldo ni.
Bukan apa. Kecoh era Wan Jamak tidak sampai ke luar negara. Kalau kecoh di era Divaldo ni, kompom kecoh tu bakal mendapat perhatian di luar negara. Maklum saja, DA tu berasal dari Portugal. Ingat kes Butler dan Terengganu yang mendapat liputan meluas di England tu?. Malu kito waghih.
Lebih malu jika kecoh tu sampai ke Kepulauan Solomon, Aruba, Kepulauan Faroe dan Bermuda. Ke empat - empat negara itu kan sama ranking ngan kito. Mereka Tak Kecoh pun!
Biarlah Hobin Jang Hobin. Jangan sampai berulang lagi episod Jang [ Penyokong ] Hobin Jang [ FZ ].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan