NS tanpa bersusah payah, mendapat lawan terbaik untuk menguji persiapan pasukan menjelang sepak mula Liga Super pada 8 Januari nanti.
SEMEN PADANG FC bukanlah lawan sembarangan. Pasukan bola pengeluar simen terbesar di Indonesia itu adalah Juara Liga Premier Indonesia 2012. Bakal menyertai Liga Super Indonesia 2013 pula.
Biarpun hanya sekadar perlawanan persahabatan berasaskan Minangkabau, aku fikir kedua - dua pasukan tidak akan membiarkan perlawanan itu berakhir begitu sahaja.
Dalam ertikata lainnya, ini bukan perlawanan santai tetapi adalah medan untuk menguji persiapan terakhir kedua - duanya menjelang saingan liga negara masing - masing.
NS turun di Padang pada 23 Disember lalu dengan formasi 4-5-1.
Secara asasnya, Divaldo Alves 7 pemain baharu. Dengan Hamsani di pintu gol, Modibo, Azmeer dan Fauzi Nan menjadi taruhan benteng pertahanan. Di posisi ini, hanya Tengku Qayyum selaku pemain lama NS masih kekal.
Azmeer Yusof bukanlah muka baharu. Beliau telah menyertai NS untuk Piala Malaysia secara pinjaman. Usai Piala Malaysia 2012, nampaknya anak kelahiran Perak ini telah meninggalkan POS FC untuk kekal bersama NS.
Di midfield, S. Sivanesan bekas pemain Harimau Muda ini mempunyai potensi besar untuk muncul sebagai defensive midfielder terbaik dalam masa terdekat ini. Pemain yang berhijrah dari Felda United ini, boleh mengisi kekosongan bahagian itu setelah pemergian Rezal Zambery Yahya, dua musim lalu.
Tanpa, S.Kunanlan, Nazrin Nawi dilihat bakal menguasai posisi midfield sayap sebelah kiri. Namun, Eddy Helmi Manan juga berkebolehan bermain di bahagian itu. Di Padang tempohari, Eddy Helmi bermain selaku midfield sayap sebelah kanan. Tempat yang biasanya dikuasai oleh Shahurain Abu Samah. Jelasnya, NS sekurang - kurangnya mempunyai tiga pemain terbaik di posisi sayap itu.
Dua OTAI, Idris Karim dan Rashid Mahmud mengemudi jentera tengah dan merancang serangan. Di sini ada sedikit tanda soal sekiranya kedua - duanya tidak dapat bermain, siapakah bakal pengganti? Halim Zainal? Tidak rasanya. Budak PD tu lebih kepada defensive midfielder bukan attacking. Idham? Juga bukan calon berpotensi untuk menjadi perancang terbaik buat NS.
Del Porras atau CACHI [KACI] bermain sebagai solo striker. Seingat aku, dia cuma mendapat empat peluang semasa di Padang tempohari, dan berjaya menjaringkan satu gol. Pemain kidal yang mempunyai skil yang agak baik. Maklum sahaja, sekampung dengan Lionel Messi.
Di Paroi, pastinya misi utama NS adalah untuk menterbalikkan keputusan kalah 1 - 2 tempohari. Misi kedua, pastinya untuk melihat barisan terbaik NS. Misi ketiga, NS bermain bukan sahaja menang, tetapi menang dengan bergaya menerusi penguasaan perlawanan sepenuhnya. Itu falsafah yang cuba diterapkan oleh Divaldo Alves.
CUIT SIKIT:
Aku fikir, corak serangan NS akan lebih tajam lagi sekiranya Shahurain diturunkan di sayap kanan dan Eddy Helmi di kiri.
Masih boleh kekal dengan formasi 4-5-1, tetapi, Idris Karim perlu cepat naik membantu Cachi. Soalannya? Mampukah Idris pada usia 36 tahun itu, bermain turun naik seperti dahulu.
Cachi bukanlah pemain yang terlalu hebat sehingga boleh bermain secara individu. Jika perlukan striker kedua, mungkin Shakir Ali bakal bermain.
Siapa pula akan direhatkan? Rashid atau Siva? Sama - sama kita lihat malam nanti.
Semoga NS akan mempamerkan aksi yang mantap dan berkesan kerana jiran di sebelah Beranang tu sedang menanti dengan penuh minat aksi malam nanti.
Mungkin juga spy bermata merah akan hadir ke STAR of Paroi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan