16 hingga 18 November lalu, buat kesekian kalinya, aku mengendalikan program di Berhulu Camp, Jempol, NS.
Dan, buat kesekian kalinya, telur rebus tetap menjadi perangkap minda buat para peserta.
Setelah para pelajar semester 1 Diploma Perbankan Islam Politeknik Nilai terpedaya, kali ini, seramai 113 orang remaja Felda mewakili kesemua Wilayah Felda di Semenanjung Malaysia, gagal melepasi ujian penyimpanan telur rebus.
Sekali lagi para peserta gagal membezakan telur amanah dan telur rebus. Di Berhulu Camp, kami tidak menguji peserta dengan beban mengusung telur ke hulu ke hilir. Di sini, kami hanya menguji peserta dengan cabaran lasak secara fizikal dan minda.
Sekali lagi, tempat terbaik untuk menyimpan telur rebus adalah di dalam perut. Bukannya di dalam poket.
Secara keseluruhannya, aku memuji anak - anak Felda ini kerana bukan sahaja menjadikan jalanraya sebagai medan menunjuk bakat. Mereka juga dengan jayanya telah menjadikan jalanraya sebagai tempat tidur. Maklumlah, jam 3 pagi setelah melalui seharian aktiviti lasak, di mana jua yang kita lepak, pasti kita akan terlelap.
Remaja Felda yang hadir di Program Eksplorasi Remaja Felda 2012 anjuran JK Rakan Muda MBFM pasti tidak dapat melupakan 'The Muddy Obstacle' yang merupakan satu - satunya di dunia. Jika Felda hanya satu di dunia, begitu juga Berhulu Camp.
Tahniah kepada Syahmi dan Siti Zaleha yang berjaya mempamerkan bakat sebagai pemimpin dengan kejayaan menjadi Ketua Peserta Program yang berkesan. Dan, aku bangga kerana kalian adalah anak Felda yang sedang dan telah menamatkan pengajian di IPT.
Buat Affendy Salleh selaku Pengarah Program, aku ucapkan terima kasih kerana membawa program ini ke Berhulu Camp. Tahun hadapan bawa lagi tau.
CUIT SIKIT:
Aku tawarkan Program Kepimpinan Khas MBFM 2013 jika sudi. Yang wajib hadir adalah Naib Pengerusi 3 MBFM Wilayah yang dikenali sebagai Naib Pengerusi Remaja.
Jika menjadi kenyataan, para peserta tidak lagi diuji secara fizikal, tetapi akan diuji secara minda pula.
ADA BERANI KA MBFM?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan