Baru - baru ini aku berkesempatan untuk berbual dengan seorang peneroka. Sebagai kawan, banyak perkara yang kami bualkan di sepanjang kira - kira 3 jam pertemuan itu.
Menarik perhatian aku, ayat maut seorang Penolong Pengurus Besar Wilayah yang baru menduduki kerusi berkenaan. Khabarnya, mamat itu telah meluahkan kata - kata " Kau jangan tak tau, aku ni orang Tan Sri. Boss aku pulak, orang Dato' Seri ".
Setahu aku, ayat aku orang sipolan atau aku orang sianu, adalah ayat politik. Di sepanjang 28 tahun berkhidmat, tidak pernah aku mendengar ada Mamat Felda yang berani menyebut beliau adalah orang sipolan yang mempunyai anu.
Jika ada pun, mereka pasti berkata, AKU ORANG FELDA. Tetapi, kini sudah ada Mamat Felda yang mengaku dia orang Tan Sri. Macam bongkak dan seperti ugutan bunyinya.
Seperkara lagi, mamat tersebut juga khabarnya telah menetapkan apa sahaja program yang telah diatur disepanjang 2012 yang masih belum dilaksanakan, akan dibatalkan. Sebabnya, itu adalah program boss dahulu. Mulai suku tahun keempat 2012, program baru akan dilaksanakan sebab sudah ada boss dan penolong boss yang baharu.
CUIT SIKIT:
Jika benarlah senario itu, aku fikir tidak lama lagi lingkuplah pentadbiran Felda wilayah berkenaan.
Apabila top admin bercakap bahasa politik, maknanya dia tiada keyakinan diri untuk menjadi boss. Jika dah tak mampu nak menjawab isu, pastinya pihak yang berkaitan akan mengaitkan dirinya dengan sipolan beranu di peringkat lebih atas.
Membatalkan program yang telah dijadualkan sebelum ini, mempamerkan sikap gelojoh mamat berkenaan. Jika hendak melaksanakan program mengikut selera sendiri pun, biarlah habis tahun 2012. Sabarlah sikit. Dua bulan sahaja lagi.
Di tahun 2013 nanti, belasahlah secukup rasa. Ikutlah kehendak tekak dan perut sendiri kerana itu adalah program anda.
Akhirulkalam, aku rasa cam bodoh pulak Felda melantik mamat tu untuk berada di kerusi nombor 2 wilayah tu. Tapi, nak buat camno. Itu ajo yang ado.
Kayu pun kayulah. Banir pun banirlah. Janji kerusi tu terisi. Suko kaulah jang oi!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan