Jumlah Paparan Halaman

26.11.12

PIALA AFF SUZUKI 2012 1.....


25 November 2012 bukanlah hari terbaik buat pemerhati, pengkritik dan pencinta bola sepak Malaysia.
 
Langkah sulung Juara Bertahan berakhir dengan sumbang dan bersimpang - siur. Kalah 0 - 3 di laman sendiri kepada jiran di hujung kaki bukanlah berita yang ingin didengar dan dibaca.
 
Lebih pedih, kekalahan itu diwarnai kegagalan mempamerkan aksi berkesan sebagai Juara Bertahan. Mual dan loya apabila para pemain negara seperti tidak menghargai kehadiran khas YAB Perdana Menteri ke padang latihan mereka baru - baru ini.
 
Lebih meloyakan, kehadiran Motivator Tersohor Dato' Dr. Fadhilah Kamsah juga gagal membangkitkan semangat juang pemain negara. Rasa nak termuntah apabila aksi Aidil dan Fadhli Sas sebagai centre back seperti aksi di kejohanan MSSM. 2 gol Singapura terhasil kerana aksi loya dan mual dua centre back berkenaan yang seperti hidup di dua alam berbeza.
 
Hampir termuntah apabila penjaga gol bertaraf selebetriti itu melakukan aksi kejohanan Sukan Untuk Semua di peringkat mukim.
 
Secara keseluruhannya, pemain negara seperti tidak pernah tersedar daripada lamunan dan mimpi indah kerana bakal menikmati gaji yang lebih besar di Liga M 2013 setelah berpindah pasukan.
 
Seperti ada pakatan, para pemain tidak memberikan fill comitment untuk negara sebab nak jaga kaki supaya mampu meledak buat majikan baru di Liga Super musim hadapan.
 
Dan, mungkin lebih teruk ialah, adanya usaha untuk melihat King Gobal tersingkir dengan segera daripada kerusi empuk Ketua Jurulatih Negara.
 
Tatkala, Chelsea segera memecat Ketua Jurulatih yang mula lembam hanya enam bulan selepas menjulang piala Juara - Juara Eropah, bagi aku, FAM perlu melaksanakan tindakan serupa kerana kejayaan lalu itu sudah pun dua tahun berlalu.
 
Pecatlah sesiapa jua yang berkaitan pasukan sekiranya itu boleh mengubah semula aksi para pemain.
 
CUIT SIKIT:
 
King Gobal pasti berkata, 2010 dulu kita kalah di perlawanan pertama tetapi akhirnya muncul juara.
 
Memang benar dan tepat 100 peratus fakta itu. Namun, kali ini amat berbeza kerana dua tahun lalu, kita kalah di arena lawan. Tahun ini kita kalah di laman sendiri. Bezanya bagaikan langit dan bumi.
 
Laos yang datang daripada perlawanan kelayakan itu pun mampu mendapat satu mata di perlawanan pertama, Malaysia sebagai tuan rumah, bukan sahaja gagal mendapat tiga mata, malah melepaskan tiga gol pula.
 
King Gobal! 2010 dan 2012 sudah tidak sama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH