Sekitar dua minggu lagi, Malaysia dan Thailand bakal menerima tetamu menerusi penganjuran Kejohanan Bola Sepak Negara - Negara ASEAN. Kejohanan dwi-tahunan yang dikenali dengan Piala AFF Suzuki. Sebelum itu ianya bernama Piala AFF Tiger.
Amat menarik, kejohanan yang berakar umbi pada 1996 itu didominasi oleh Singapura dan Thailand sahaja. Enam kejohanan awal, menyaksikan pemenangnya silih berganti di antara dua pasukan berkenaan.
Mengapa? Bagi aku jawapannya mungkin berkaitan dengan komitmen dan fokus negara - negara lain selain Singapura dan Thailand tidak menjurus kepada kejohanan berkenaan. Malah, liputan media juga tidaklah semeriah sekarang.
Aku fikir, di Malaysia ini tiada seorang pun yang mengambil berat soal Piala AFF ini sehinggalah Malaysia muncul juara pada 2010. Bermula saat itu, hampir seluruh negara membuka mata dan mula memandang berat prestasi pasukan Harimau Malaya.
2012, muncul lagi edisi Piala AFF Suzuki ke 9. Kali ini pastinya lebih meriah kerana Malaysia bukan sahaja bakal mempertahankan gelaran tetapi juga adalah tuan rumah bagi semua perlawanan kumpulan B.
Menariknya, dua finalis musim 2010, Malaysia dan Indonesia diletakkan bersama di kumpulan B. Semuanya berlaku kerana ranking semasa. Dan, di sinilah menunjukkan betapa pentingnya ranking kepada pasukan. Semuanya untuk membolehkan mereka diundi untuk bertemu dengan lawan yang lebih lemah.
Malaysia diberikan ranking pertama di kumpulan ini kerana menjadi tuan rumah. Bukannya kerana kehebatan ranking. Yang memilki ranking lebih tinggi di kumpulan B ini adalah Singapura. Jadi, siapa kata ranking tak penting?
Memulakan kejohanan dengan berhadapan Singapura, Malaysia tiada pilihan selain menang. Pentingnya kemenangan perlawanan pertama ini bagi menarik lebih keyakinan dan sokongan peminat untuk hadir di dua perlawanan berikutnya.
Amat penting, kemenangan itu bakal meningkatkan moral dan keyakinan pasukan untuk mempertahankan kejuaraan.
Anda boleh menonton dua perlawanan berturut - turut di Stadium Nasional Bukit Jalil pada harga RM 30.00. Tetapi hanya boleh menonton satu perlawanan dengan harga yang sama pada hari terakhir perlawanan kumpulan.
Perlawanan - perlawanan peringkat kalah mati adalah seperti berikut;
Sampai ke tahap manakah barisan goyah bimbingan King Gobal ini bakal melangkah, sama - sama kita nantikan.
Buat anda yang tidak dapat ke SNBJ kerana pelbagai faktor, jangan bimbang dan khuatir. Setiap negara mempunyai stesen penyiar rasmi yang talah disahkan memperolehi hak untuk menyiarkan semua perlawanan secara langsung.
CUIT SIKIT:
Dengan segala persiapan logistiknya pasti sudah hampir mencapai tahap sempurna, persiapan pasukan Harimau Malaya masih di tahap meragukan.
Biarpun mengatakan kami tidak panik, aku tahu jauh di hati King Gobal ada rasa gentar dengan prestasi hampeh anak - anak buahnya semasa perlawanan sambil melancong ke Vietnam dan Thailand baru - baru ini.
Dan, jika Malaysia masih gagal bermain dengan baik dan meyakinkan pada Rabu 14 November nanti, usaha untuk menuruti jejak Thailand dan Singapura sebagai pasukan ketiga memenangi Piala AFF dua kejohanan berturut - turut bakal berkecai.
Bertemu Hong Kong menerusi perlawanan persahabatan antarabangsa pada 14 November adalah medan terakhir buat King Gobal mempamerkan produk paling bermutu yang pernah beliau miliki. Malaysia WAJIB MENANG dengan corak permaian yang baik seumpama ketika bertemu Arsenal, Julai lalu.
Jika masih gagal, aku fikir Malaysia bakal menuruti Vietnam sebagai JUARA SEHARI SEMALAM sahaja di Piala AFF.
Kalau di ASEAN pun gagal, usah ceritalah hajat untuk layak ke Piala Asia 2015 di Australia nanti.
HOBEN GHIMAU HOBEN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan