Tanggal 20 November 2012 pastinya menjadi hari kebesaran buat warga Bangladesh yang berada di Malaysia.
Semuanya kerana kejayaan Bangladesh mengikat Malaysia dengan 1-1 di satu perlawanan persahabatan terakhir buat Malaysia lima hari sebelum sepak mula mempertahankan kejuaraan Piala AFF.
Telah ditegur oleh Timbalan Presiden 1 FAM supaya King Gobal tidak lagi melakukan eksperimen. Telah disaran, juga oleh Timbalan Presiden 1 supaya mempamerkan persembahan menarik dengan karakter yang meyakinkan.
Mendahului satu gol, King Gobal menurunkan barisan kedua di separuh masa kedua dengan merehatkan empat pemain utama. Hasilnya, permainan di separuh masa kedua menjelasakan betapa rosaknya pasukan Malaysia sekarang.
Sebulan berlatih bersama. Sudah pun dibawa melancong ke Vietnam dan Thailand. Sudah pun makan angin di Pulau Pangkor, natijahnya malam tadi, para pemain Malaysia tidak sepakat dan serasi.
Seperti ada kegagalan dalam proses pembentukan pasukan sehingga hantaran - hantaran nampak selekeh. Tiada komunikasi berlaku dikalangan pemain. Jika tiada komunikasi dan hantaran tepat berlaku di padang, pasti pasukan berkenaan mengundang masalah.
Sesuatu yang jelas, barisan simpanan Malaysia yang dipilih oleh King Gobal tidak mampu mengisi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku musibah kepada pemain utama.
Di peringkat antarabangsa dengan bebanan sebagai Juara Bertahan, bukan sebelas tetapi dua puluh tiga pemain perlu mempunyai kebolehan yang seimbang supaya pasukan tidak goyah.
Dan, setakat ini, seperti tidak wujud Barisan Simpanan Impian yang boleh menjadi Super Sub apabila diperlukan.
CUIT SIKIT:
Buat King Gobal, JANGAN PANIK.
Buat King Gobal, JANGAN DENGAR SARANAN ORANG LAIN. WAIMA teguran Timbalan Presiden 1 sekali pun.
Buat King Gobal, JANGAN LAYAN apa jua tulisan di dada akhbar.
DAN, buat King Gobal JANGAN GABRA apabila membaca kritikan, kutukan dan sebaagainya di blog - blog seperti ini.
KING GOBAL! Jangan pedulikan jua apa - apa posting di mana - mana wall facebook.
Semuanya Jangan Peduli. Sebabnya, jika kalah nanti yang kena buang kerja adalah King Gobal. Bukan kami.
Jangan Layan semuanya. Kerana yang cintakan pasukan bola sepak Malaysia adalah King Gobal seorang. Sebagai RAKYAT MALAYSIA, kami termasuklah Menteri Belia dan Sukan serta Timbalan Presiden 1 FAM tidak termasuk di grup yang cinta dan sayangkan pasukan bola sepak Malaysia.
Aduhai King Gobal, teruskanlah dengan cara permaian ala - ala TASKA ini kerana yang kenal pemain adalah anda bukannya kami.
Terima kasih kepada Warga Bangladesh yang hadir lebih ramai berbanding Rakyat Malaysia tadi. Itu tandanya Rakyat Malaysia masih sayangkan King Gobal dan Harimau Malaya.
Akhirnya, selamat maju jaya King Gobal. Pekakkan telinga, bisukan mulut dan buatlah cara King Gobal dan Pemain Yang Saya Kenal Itu sesuka hati.
Tak menang Piala AFF, SIAP KAU!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan