Ahmad
Fakri Saarani (lahir pada 8 Julai 1989 di Kota Bharu), merupakan pemain bola
sepak Malaysia yang bermain untuk pasukan Negeri Sembilan dalam Liga Super
Malaysia. Beliau berkebolehan menjadi penyerang dan sayap kanan.
Fakri lahir di Kota Bahru tetapi membesar di
Batu Gajah, beliau membuat penampilan pertama untuk Perak dalam perlawanan Liga
Super Malaysia menentang Negeri Sembilan pada 24 Mac 2007. Di dalam perlawanan
ini, beliau menjaringkan hattrick dan satu assist dengan berkesudahan pasukan
beliau menang dengan 5-1.
CUIT SIKIT:
Budak ini adalah ikon kepada kegagalan untuk meningkatkan prestasi setelah muncul di pentas nasional dan internasional.
Jika final tadi berakhir dengan kemenangan Indonesia, aku percaya budak ini wajib dipersalahkan. WAJIB DIPERSALAHKAN kerana sekurang - kurangnya empat peluang untuk membawa kemenangan buat Malaysia, gagal disempurnakannya.
Sepakan penalti penentuan itu pun gagal disempurnakannya. MEMANG budak ini nak kena rotan agaknya.
Aku tak faham mengapa di saat semua pemain Harimau Muda yang baru sahaja menang pingat emas bola sepak Sukan Sea 2011- IBU SEGALA PINGAT, tampil dengan semangat juang dan kemantapan mental yang hebat, budak ini nampak seperti langsung tiada skil, tiada semangat dan tiada ketahanan mental.
Di saat rakan - rakan yang lain menyepak kencang dan tepat ke kubu lawan semasa penentuan penalti, budak ini tampil dengan sepakan lemah dan jelas budak ini langsung tidak yakin dengan apa yang hendak dia lakukan.
MEMANG SAH BUDAK INI SEPERTI BERADA DI DUNIA LAIN.....
TAHNIAH buat semua pejuang MALAYSIA di SUKAN SEA yang memenangi IBU SEGALA PINGAT tetapi tidak untuk budak ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan