Jumlah Paparan Halaman

16.11.11

IBU SEGALA PERTARUNGAN.....

17 NOVEMBER 2011, samada di Jakarta atau Kuala Lumpur, di Medan atau di Medan Selera, semuanya akan bertumpu ke GELORA BUNG KARNO di Jakarta.

Di Ampang atau di Ampangan malah di Ampang Tinggi Kuala Pilah sekali pun, pastinya para pencandu sukan bola sepak tidak akan menghirau kuartet 4 x 400 lelaki Malaysia yang menang emas tetapi pulang awal tanpa sempat menerima pingat berkenaan.

Tiada siapa juga yang akan pedulikan kisah Noraseela Khalid memberikan kredit kemenangannya di acara 400m lari berpagar kepada Majlis Sukan Negara [MSN], bukannya kepada Kesatuan Olahraga Malaysia [KOM].

Yang paling pasti, tiada siapa yang akan pedulikan KOM yang banyak mencetus kisah bodoh daripada kejayaan itu. Biarkanlah KESAT TUAN OLAHRAGA itu terus dengan cerita pegawai selesa atlet derita itu.

ESOK, IBU SEGALA PERTARUNGAN akan muncul sekitar jam 8.00 malam waktu Malaysia. YA! sekitar jam 7.00 malam waktu Indonesia bahagian barat, INDONESIA akan bertemu MALAYSIA untuk membuat perhitungan di acara bola sepak.

JANGAN SALAH SANGKA. Ianya bukanlah perlawanan akhir. Ia hanyalah perlawanan terakhir kumpulan A acara bola sepak lelaki SUKAN SEA 2011. Tiada pingat, waima pingat PJK sekali pun ditawarkan untuk pemenang perlawanan ini.

Namun, bagi aku, esok adalah IBU SEGALA PERTARUNGAN dalam semua acara Sukan Sea 2011 kerana warga Indonesia masih terluka angkara TIMNAS mereka kalah kepada HARIMAU MALAYA di Piala AFF 2010. Mana mungkin mereka boleh melupakan begitu sahaja kekalahan itu.

Justeru, dijangka 80 ribu penyokong mereka akan berada di dalam stadium dan ratusan ribu lagi akan berada di luar stadium untuk menggentarkan HARIMAU MUDA.

CUIT SIKIT:

Carta di atas menunjukkan bahawa Indonesia sudah pun layak ke separuh akhir. Kedudukan Malaysia pula sedikit terancam sekiranya Singapura menewaskan Thailand.

Pertemuan Singapura dan Thailand yang telah tersingkir itu juga berlangung esok pada jam 5 waktu Malaysia.

Dalam perjalanan untuk mempertahankan IBU SEGALA PINGAT SUKAN SEA [ Pingat Emas Bola Sepak], pasukan Malaysia sudah tentu perlukan cabaran, dugaan dan halangan yang bukan kepalang.

Jika berjaya memenangi sekali lagi pingat emas bola sepak setelah berjaya mengatasi segala macam karenah dan dugaan itu, barulah HARIMAU MUDA ini layak bergelar JUARA SEBENAR dan boleh dipertanggungjawabkan untuk memikul cabaran yang lebih tinggi di masa akan datang. Jika tewas lebih awal di luar padang, eloklah difikirkan semula hasrat untuk layak ke Piala Asia dan Piala Dunia tu.

Untuk itu, sehingga tibanya detik dan ketikanya Malaysia akan bergelar Juara Piala Asia dan Piala Dunia, buat pemain Malaysia, naikilah kenderaan di bawah ini.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH