Jumlah Paparan Halaman

28.11.11

LAWAK YANG SERIUS CARA JKPP FELDA.....

Isa Samad Bakal Di Saman Ketua Peneroka Felda Kebangsaan Ekoran Kenyataan Biadapnya !


KUALA LUMPUR, 28 Nov - Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) Felda memberi tempoh 14 hari kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina peneroka. Kata-kata penghinaan itu didakwa diucapkan Isa semasa sesi penerangan kepada perwakilan Koperasi Permodalan Felda (KPF) di Melang Inn Kuala Pilah baru-baru ini.

"Kita telah melantik peguam untuk menuntut Tan Sri Isa Samad membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 14 hari dan menyiarkannya sekurang-kurangnya di lima buah akhbar. "Jika enggan memohon maaf, kita akan meneruskan tindakan saman terhadap beliau," kata Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang juga Naib Pengerusi JKPP Wilayah Johor Bahru, Shamsuddin Othman. Beliau berkata demikian pada satu sidang media di sebuah hotel di sini hari ini.

Kira-kira 15 anggota mereka turut serta pada sidang media itu termasuk pimpinan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda yang diketuai Azizah Bahari. Dalam rakaman ucapan yang turut ditayangkan kepada media, Isa dilihat mengeluarkan kenyataan seperti "jika budak kecil, saya dah lempang", "munafik", "pembohong", "penipu" dan "jika saya jumpa saya akan lutu (ketuk) dia". Dia juga secara jelas menujukan kenyataan-kenyataan itu kepada Shamsuddin yang disebutnya dalam ucapan itu dengan nama "Pak Sam".

SETERUSNYA DI;


 Najib Tidak Akan Tergamak Pecat Mohd Isa

HARI ini beberapa orang Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) yang diikhtiraf sebagai badan rasmi oleh Felda telah memberi kata dua kepada Ha Najib Razak dan menggesa memecat Pengerusi Felda Mohd Isa Samad. Mereka memberi kata dua kalau Mat Isa tidak dipecat Umno akan kehilangan undi dalam pilihan raya umum akan datang.

Badan itu mendakwa mereka mewakili 1.6 juta peneroka dari 120,000 keluarga di 11 wiayah Felda di seluruh negara.

Desakan juga dilakukan supaya memecat Pengarah Seranta Felda Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, Sabri Ahmad.

Desakan ke atas pengerusi dan pengarah itu ada kena mengena dengan langkah untuk menyenaraikan Felda Global Ventures di Sekureti Malaysia tidak lama lagi. Cadangan untuk menyenaraikan Felda itu diumumkan Ha Najib sewaktu membentangkan Bajet Oktober lalu. Katanya penyenaraian itu dibuat tergesa-gesa dan peneroka sendiri belum mengetahui tentangnya.

Felda tidak menjelaskan kepada peneroka menyebabkan ada menganggap penyenaraian itu dilakukan dalam gelap dan untuk kepentingan segelintir pihak berkepentingan ke atas Felda.

Sidang media itu dikendalikan oleh Pengerusi JKPP Shamsuddin Othman yang juga salah seorang ahli lembaga pengarah Felda. Turut hadir pada sidang media hari ini ialah sembilan naib pengerusi JKPP Wilayah. Desakan oleh badan rasmi ini pertama kali dan memperlihatkan Felda berada dalam kemelut.

SETERUSNYA DI;


CUIT SIKIT:

Inilah berita LAWAK YANG SERIUS sempena Maal Hijrah dan juga Perhimpunan Agung UMNO yang bermula 29 November ini.

LAWAK kerana berita ini seperti ada yang tidak kena dengan usaha berhabis – habisan Pengerusi Felda dan mereka yang sama waktu dengannya untuk menyenaraikan Felda di Bursa Saham.

SERIUS sebab yang membantah secara terbuka itu adalah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Peneroka [JKPP] yang juga Ketua Peneroka FELDA Malaysia.

SERIUS juga kerana Pengerusi JKPP itu adalah Pengarah Besar FELDA sendiri. Maknanya, suara Peneroka dan suara Pengurusan sudah terserlah menerusi sidang media ini.

SERIUSNYA LAWAK INI kerana inilah kali pertama sejak penubuhan Felda 55 tahun lalu, ada usaha peneroka menyaman Pengerusi FELDA. Yang jelas, tindakan ini bukanlah didalangi oleh PEMBANGKANG. Pak Sam itu orang Johor yang pasti terserlah MERAH dan BIRUnya.
Macam tak masuk akal pulak apabila peneroka yang tegar biru dan merahnya itu bertindak menentang arus.

LAWAK ini juga sangat SERIUS jika kenyataan ini anda fahami.....

“penghinaan oleh Isa terhadapnya itu dipercayai ada kaitan dengan tindakannya yang mempersoal perolehan Felda yang hanya akan mendapat RM500 juta setahun selepas memajak 360,000 tanah kepada Felda Global Ventures untuk disenaraikan. Sedangkan pendapatan Felda daripada tanah-tanah itu sekarang ini sekitar RM2 billion setahun,” kata Shamsuddin Othman, Ketua Peneroka FELDA Malaysia.
MEMANG la LAWAK jika sebelum penyenaraian kita dapat banyak tetapi selepas penyenaraian kita dapat sikit je.
BENARLAH posting aku yang bertajuk, Bunga Ku Puja DiPetik Orang....

 
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH