Jumlah Paparan Halaman

10.11.11

NOMBOR MANA?.....

Esok Hari Jumaat. Jumaat adalah PENGHULU segala HARI. Kerana hanya di hari Jumaat sahajalah umat Islam satu kariah akan dapat berjumpa muka dan bertemu mata sebelum dan selepas menunaikan solat Jumaat.

Istimewanya hari Jumaat, kerana di hari itulah sahaja umat Islam akan berkumpul di masjid dan juga surau diri jumaat untuk mendengar khutbah dan menunaikan solat Jumaat. Seminggu sekali, umat Islam diberikan motivasi untuk mengukuhkan keimanan diri dan sebagainya. Kepada yang mendapat manfaat daripada khutbah berkenaan, untunglah beliau.

Yang datang berbual sesama sendiri semasa khatib berkhutbah, turut beruntung. YA! beruntung kerana tidak dibisukan oleh ALLAH swt dengan serta merta angkara berbual dan bercakap semasa khutbah sedang berkumandang.

Esok juga adalah hari yang boleh disifatkan sebagai "DAY OF THE YEAR" kerana tarikhnya 11-11-11. Khabarnya, ramai yang menempah majlis perkahwinan sempena tarikh berkenaan kerana nombor cantik itu.

Bagi aku, 11-11-11 tidaklah seistimewa 20-11-2011. 20-11-2011 adalah lebih istimewa kerana nombornya lengkap berbanding 11-11-11 [2011] itu.

CUIT SIKIT:

Anda percaya pada nombor? Sukakan nombor tidak mengapa tetapi janganlah sampai tahap gaban sehingga sanggup berhabis duit untuk membeli nombor. Lebih teruk sehingga ke tahap khurafat kerana percayakan nombor.

Tiada apa hebatnya nombor yang kita sukai. Seandai kita beriltizam untuk melakukan sesuatu sempena tarikh atau nombor berkenaan, lakukan kerana kita ingin melakukannya sempena berkat hari Jumaat. Bukan sempena angka 1 yang banyak pada hari berkenaan.

Seperkara lagi, jika tidak disertakan impian dan kesungguhan untuk mencapai impian berkenaan, anda tidak akan ke mana - mana.

Selamat maju jaya buat semua yang berniat dan berusaha untuk berjaya sempena HARI JUMAAT!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH