Jumlah Paparan Halaman

6.11.11

terKORBAN.....

Qurban
Ibadah Qurban sempena Aidiladha adalah amalan umat Islam sejak dahulu lagi. Semuanya adalah mengingati dan menurut jejak pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Ismail.

Ibadah Qurban adalah sunat bukan wajib. Jangan malu jika anda tidak mampu melakukan ibadah berkenaan. Jangan sampai ada yang bergolok bergadai pula untuk melakukan ibadah qurban, hanya kerana jiran sebelah mampu berkorban sedangkan kita adalah sebaliknya.

Jangan sampai ibadah menjadi adat.....

terKorban
TERKORBAN pula adalah peristiwa malang yang boleh menimpa sesiapa sahaja. Amat malang sekiranya ada yang terkorban sia - sia sempena Hari Raya Qurban.

CUIT SIKIT:

Sempena hari raya aidiladha dan ramainya warga FELDA yang mampu melaksanakan ibadah qurban, renungkanlah kembali, siapakah yang pernah berkorban usia muda, tenaga, buah fikiran dan keringat untuk membuka hutan dan membangunkan tanah yang akhirnya sebahagiannya menjadi milik anda sekarang ini.

Berkorban usia muda, tenaga, buah fikiran dan keringat untuk membuka hutan dan kemudiannya berjaya pula melahirkan masyarakat yang melepasi tahap kemiskinan adalah pengorbanan terbaik daripada para petugas FELDA yang terdahulu.

Terima kasih buat rakan petugas FELDA terdahulu yang bukan sahaja berkorban usia muda, tenaga, buah fikiran dan keringat untuk membuka hutan, malah ada yang benar - benar terkorban di medan tugas terutamanya di Sabah.

Jangan sampai kejayaan itu MUSNAH di tangan anda, hanya kerana memburu sesuatu yang tidak pasti di peringkat global.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH