Jumlah Paparan Halaman

1.11.11

APO DAH JADI JANG?.....

'Saman Felda' Di Chini
Tuesday, November 1, 2011
Panas: 400 Lagi 'Saman Felda' Di Chini, Tidak Puas Hati Manipulasi Kadar Perahan Gred (KPG) Sawit!
PEKAN, 1 Nov - Felda terus berdepan musibah demi musibah apabila ratusan lagi peneroka bakal memfailkan saman terhadap lembaga itu. Terbaru, seramai 400 lagi peneroka Felda dari Gugusan Chini, Pahang menyatakan hasrat mereka menyaman Felda sebanyak RM200 juta kerana memanipulasi Kadar Perahan Gred Kelapa Sawit (KPG). Hasrat itu dinyatakan mereka sewaktu hadir pada sesi dialog anjuran PKR Cabang Pekan di Markas PAS Felda Chini 3 semalam. Mereka menandatangani borang Waran untuk Bertindak bagi melantik peguam mewakili mereka pada majlis yang sama.
Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang, Hj.Suhaimi Said berkata peneroka terbabit mahu menyaman Felda mengambil iktibar daripada peneroka Felda Jengka yang berbuat perkara sama. “Di kawasan Chini, peratus perahan KPG adalah sekadar 18-19% seperti di Felda Jengka sebelum peneroka-peneroka Jengka mengambil tindakan menyaman Felda. “Alhamdulillah, kini peneroka-peneroka di Felda Jengka sudah pun memperolehi peratusan perahan KPG diatas kadar 20-21% setelah menyaman Felda,” tulis Suhaimi di dalam blognya.
Saman yang akan dikemukakan peneroka itu juga akan mengambil kira tempoh 15 tahun ke belakang dan jumlah tuntutan termasuk ke atas buah kelapa sawit rosak yang turut diproses Felda, kata Suhaimi. Pada majlis yang sama, wakil dari Felda Chini Timur dan Felda Keratong 10 turut menyatakan hasrat mereka untuk menyaman Felda dan mahu dialog yang sama diadakan di tempat mereka, kata Suhaimi. Selain berdepan dengan manipulasi KPG, hak peneroka Felda juga dimanipulasi apabila kerajaan bercadang menyenaraikan Felda di Bursa Malaysia pada tahun hadapan.
Rujukan:
CUIT SIKIT:
Di mana arah, ceruk dan rantau FELDA ini, sensasi Peneroka Saman Felda pastinya kedengaran.
Menarik kerana sekitar 55 tahun dahulu, berita begini pastinya tidak kedengaran atau tercatat di mana - mana akhbar atau pun majalah. Blog dan fb memang tiada. Sebabnya zaman tu mana ada blog dan fb.
Sekitar tahun 2000 ni setelah semakin ramai peneroka FELDA yang bergelar tuan tanah, semakin riuh dan geger isu tak puas hati dan saman - menyaman. Semuanya kerana ingin mendapatkan hak yang sepatutnya mereka dapat.
Setakat ini, hanya peneroka sawit yang muncul menyaman FELDA kerana tidak puas hati dengan Kadar Gred Perahan [KPG] Sawit. Belum pernah kedengaran peneroka getah menyaman kerana tidak berpuas hati dengan Kandungan Getah Kering [KGK] Getah yang mereka hantar ke kilang milik FELDA. Mengapa? Sedangkan KGK yang diberikan kepada peneroka getah itu, biasanya bukanlah yang terbaik.
Selepas ini tentunya amat menarik sekiranya ada pula berita peneroka menyaman FELDA kerana gagal menguruskan kerja - kerja tanam semula di kebun mereka. Tak kiralah ianya diuruskan sendiri oleh FELDA atau diurustadbir oleh FELDA Technoplants Sdn. Bhd.
Aku percaya, ada banyak isu berkaitan tanam semula ini. Cuma para peneroka dan waris - waris mereka tidak melihat itu sebagai merugikan mereka, mereka berdiam diri. Sekiranya mereka faham bahawa kos tanam semula itu adalah dari ***tabungan mereka sendiri, mereka pasti akan bersuara dan mungkin akan ada berita saman - menyaman berkaitan tanam semula ini.
BAPAK dan GWGF khabarnya sedang mempertingkatkan usaha supaya setiap isu di FELDA tidak dibawa ke mahkamah sebaliknya dilaporkan menerusi mereka dan dibawa ke Jawatankuasa Timbangtara FELDA. Malangnya, jika berdasarkan isu di atas, usaha BAPAK dan GWGF itu semacam ditolak begitu sahaja oleh para peneroka.
Sebagai mantan kakitangan FELDA dan ANAK Peneroka, aku fikir semua ini adalah berkait dengan percaya dan tidak mempercayai antara peneroka dan pentadbirnya. Mengapa jadi begitu? LU PIKIRLAH...Lu masih relevan atau tidak?
nota kaki
***Aku kata kos tanam semula ini adalah tabungan peneroka adalah kerana setiap peneroka sawit telah dikenakan potongan tanam semula melalui hasil bulanan mereka. Duit ini disimpan dan diuruskan oleh FELDA.
Manakala peneroka getah pula menyumbang tabung tanam semula melalui cukai SES eksport setiap kilogram hasil getah mereka. Tabungan ini diuruskan oleh RISDA, dan dikeluarkan kepada peneroka melalui FELDA apabila sampai tempoh tanam semula kebun mereka.
Maknanya, pembiayaan kos tanam semula itu bukanlah menggunakan duit FELDA atau duit kerajaan. Sebaliknya adalah datang daripada duit mereka sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH