Jumlah Paparan Halaman

14.2.15

LIGA INI MILIK SIAPA?.....

Usai dua perlawanan Liga Premier 2015, NS Matrix memenuhi jangkaan dan harapan awal para PSNS jauh dan dekat.

Dua kemenangan, lima jaringan dan bolos satu. Hampir 100 peratus. Setakat dua perlawanan, NS berada di tangga kedua dalam aspek jaringan. Di atas adalah JDT II dan Kedah dengan tujuh jaringan.

Dari aspek bolos pula, NS juga di tangga kedua selepas Pulau Pinang. Memang Pulau Pinang belum dibolosi selepas dua perlawanan, tetapi sebenarnya, Pulau Pinang juga belum menjaringkan sebarang gol setakat dua perlawanan. Gol tunggal yang diperolehi Pulau Pinang setakat ini adalah jaringan sendiri pemain Kuantan FA, Kwang-hyun.

Selepas sambutan Gong Xi Fa Cai, NS Matrix akan ke Kelana Jaya pula;

Aku fikir, mood semasa bakal memanggil ramai para PSNS turun ke Kelana Jaya minggu hadapan. Tambahan pula hari itu adalah cuti umum sempena Tahun Baru Cina.

KL S.P.A Putrajaya FC sepatutnya lawan yang harus ditewaskan dengan mudah kerana moral mereka berada di tahap terendah. Namun, NS juga wajib meningkatkan permainan dan bermain secara lebih tersusun. Bukan kelam kabut seperti semalam.

Jadual penuh MD3 buat NS Matrix adalah;
CUIT SIKIT:

Aku tidak mahu mengulas lanjut bab taktikal dan teknikal NS Matrix semalam. Aku juga tidak mahu menyentuh kehadiran penonton yang kurang memuaskan.

Tetapi, kunjungan ke Paroi membuatkan aku merasa sangat hairan dan terkesima apabila suasana di tepi padang seperti ini;





*##* Kualiti gambar kurang memuaskan kerana aku snap guna hp Oppo murah jer

Mentang - mentang dah dijanjikan pulangan berbilion ringgit dalam tempoh 15 tahun, Liga Malaysia musim ini sudah tidak perlukan penaja lagi nampaknya.

Tiada sebarang A - Board penaja selain daripada A - Board milik para penaja NS Matrix. Itu pun diletakkan jarang - jarang dan kadang - kadang.

Lebih menarik tiada sebarang petunjuk betapa liga ini dimiliki pleh FAM sebagai pemegang hak intelektualnya.

Sebagai perbandingan, aku paparkan dua foto musim lalu ihsan wall fb PSNS;

Macamana nak lepas lawan Thailand jika tokey liga pun buat tak tahu pasal liga sendiri.

Akhirnya, aku cadangkan kepada para PSNS yang ada produk terbaik untuk dipasarkan, supaya turut mempamerkan A - Board masing - masing sebagai media iklan mudah.

Setahu aku, di luar negara para usahawan berebut untuk membuat iklan di tepi padang bola. Kita di Malaysia, bertindak sebaliknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH