Tamat perlawanan Piala Presiden di Tampin pada 25 Februari, menyaksikan semua perlawanan ketiga NS Matrix berakhir tanpa kemenangan.
Paling mengejutkan pastinya kegagalan Abang Besar meraih 3 mata penuh daripada pasukan yang telah melepaskan 10 gol dalam dua perlawanan awal. Adakah elemen AMBIL MUDAH menjadi faktor kegagalan tersebut?
Namun, ADIK BONGSU patut diberikan pujian kerana membawa pulang SATU MATA. Bukan senang bermain di arena lawan.
JUMAAT ini, UiTM FC bakal turun lagi di Paroi. Pasukan sama tetapi saingannya berbeza;
Di atas kertas, NS Matrix boleh layak ke Suku Akhir sekurang - kurangnya. Lebih daripada itu, anggaplah sebagai BONUS dan DIVIDEN.
Laluannya;
Usai perlawanan PIALA FA Jumaat ini, cabaran di MD4 bakal berlangsung;
Abang Besar bakal berhadapan lawan yang tidak pernah ditemui. Kuantan FA adalah Juara Liga FAM 2014 yang dinaikkan pangkat ke Liga Premier 2015.
Kuantan FA turut diwakili oleh Mohd. Rahman Zabul, pemain pertahanan kanan terbaik NS sebelum berhijrah ke Johor FC dan Felda United FC.
Muszaki Abu Bakar juga bermain untuk Kuantan FA sekarang ini.
CUIT SIKIT:
Bukan mudah bermain di arena lawan. Tetapi, tidak mustahil untuk pulang dengan tiga mata penuh.
HOBEN JANG HOBEN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan