Usai empat perlawanan Liga Premier, NS Matrix berada di tangga atas carta. Berkongsi mata dengan Pulau Pinang, tetapi dibezakan dengan kelebihan jaringan gol.
T - Team FC berada di tangga ke 8 liga mungkin boleh memberikan cabaran mungkin tidak.
Namun, ujian sebenar pastinya muncul Selasa nanti. Dua pasukan teratas Liga Premier bakal berhadapan sesama sendiri di Paroi.
Dua pertempuran besar dalam tempoh lima hari, pastinya sukar buat mana - mana pasukan.
Di sinilah kebijaksanaan dan percaturan pasukan amat dituntut. Di sini jugalah, kredibiliti semua pemain boleh membantu.
Pastinya K. Devan dan pasukan kejurulatihannya sedang menyusun strategi untuk terus kekal di atas liga dan juga layak ke Suku Akhir Piala FA.
CUIT SIKIT:
Jika berjaya melepasi halangan yang tiba berturut - turut itu, para PSNS bolehlah mengharapkan sesuatu yang lebih positif selepas ini.
Sehingga tibanya detik itu, HOBEN JANG HOBEN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan