Jumlah Paparan Halaman

18.3.15

MAU KASI BERAPA YA?.....

TUJUH perlawanan telah ditempuhi, NS Matrix yang bermula garang, akhirnya longlai di dua perlawanan terakhir.
Amat malang apabila dua kekalahan itu dicatat di arena sendiri. Bagi aku, NS Matrix seperti lesu di dua perlawanan terakhir itu.

Agak bagus kerana kekalahan itu berlaku di suku pertama liga. Bukan di akhir - akhir saingan. Kita berikanlah peluang buat Coach Devan untuk membetulkan kembali pasukan selama tempoh rehat ini.

Di pamerkan rumusan pencapaian NS Matrix setakat tujuh perlawanan;
Hijau itu MENANG. Seri berwarna KUNING. MERAH untuk yang kalah.


CUIT SIKIT:

Dengan sekadar 57 % kemenangan, aku berikan Gred C buat Coach Devan dan NS Matrix. Bukan suka - suka. Gred itu aku ikut Sistem Gred SPM terkini.

Jika C, peluang untuk layak ke Universiti Awam mungkin sukar. Tiada pilihan, teruslah menuntut di Kolej Swasta seperti sekarang.

HOBEN JANG HOBEN!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH