Jumlah Paparan Halaman

7.9.11

KISAH PANAS DI MEDAN RAHANG.....

8-Zakuan Adha : 7-Aidil Zafuan
06 September 2011, perlawanan pertama Kumpulan B Piala Malaysia 2011, mempertemukan Naib Juara Piala Malaysia 2010, Negeri Sembilan [NS] dan Juara Liga Premier 2011, PKNS FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, Selangor.

Daripada kaca TV1, jelas tidak kelihatan pemain kembar buat Negeri Sembilan, Aidil dan Zakuan. Menurut pengulas, kedua - duanya tercedera.

Sekitar 10 pagi ,07 September 2011, aku menerima satu panggilan telefon. Yang menelefon bukanlah calang - calang orang. Yang menelefon aku adalah seorang wartawan penyiaran yang mengakui telah bertemu Zakuan di Shah Alam, selepas perlawanan berakhir.

Zakuan dan Aidil, tidak menyertai pasukan NS ketika bertemu PKNS bukan kerana cedera fizikal. Zakuan dan Aidil tidak bersama pasukan kerana tercedera hati dan perasaan.

Menurut sumber berkenaan, kembar berkenaan telah mendapat tawaran lumayan daripada sebuah pasukan untuk musim hadapan. Namun, kerana adanya cucukan dan hasutan daripada seseorang yang agak berkuasa di Medan Rahang [ Ibu Pejabat Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan ], Presiden PBNS telah menghalangnya.

Mungkin kerana terluka angkara cucukan dan hasutan itulah, akhirnya kembar itu tidak bersama - sama pasukan NS kelmarin.

CUIT SIKIT:

Di zaman profesional ini, rupa -rupanya masih ada sikap cucuk - mencucuk dan hasut - menghasut ini. Pihak yang mencucuk dan menghasut itu pun sebenarnya sering berpindah - randah pasukan semasa bergelar pemain.

Takkanlah masa AWAK bermain, AWAK boleh berpindah pasukan, masa orang lain nak pindah pasukan, AWAK pulak yang mencucuk dan menghasut supaya dihalang perpindahan itu. Apa kes nak halang perpindahan pemain? LU SAPA BRO?

Sudah sampai masanya profesional dalam ertikata sebenarnya disematkan dalam diri setiap orang yang terlibat dengan bola sepak di Malaysia ini. Zaman cucuk - mencucuk dan hasut - menghasut ni, dah lama berlalu.

BE PRO lah BUDAK PD!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MyBis

MOYANG AKU PESAN....

wahai anak cucu cicit piut sekelian... TAK BERUBAH : PADAH