Setelah mengharungi 4 perlawanan, ada sedikit elemen kejutan berlaku di Piala Malaysia 2012 setakat ini.
Lihat carta di bawah,
Pastinya ramai yang terkejut kerana pasukan pilihan seperti PERAK, PKNS dan T-Team berada di dasar kumpulan masing - masing.
Mendahului setiap kumpulan juga mempamerkan pasukan yang berbeza dengan ramalan awal sewaktu pengundian. Kecuali Lions XII, semua pendahulu kumpulan setakat ini memberikan tafsiran yang pelbagai.
ATM dan Pahang telah memberikan tanggapan baru terhadap pasukan daripada Liga Premier. Mendahului kumpulan masing - masing, sewajarnya ini boleh mendorong FAM untuk lebih menghormati Juara dan Naib Juara Liga Premier ketika undian Piala Malaysia 2013 nanti.
Negeri Sembilan biar pun hanya bertaraf pilihan kedua dalam kumpulan, sememangnya perlu berada di atas kerana mereka adalah JUARA BERTAHAN PIALA MALAYSIA.
Dan, setiap pasukan telah melalui empat perlawanan dengan prestasi turun naik seperti di bawah.
Aku katakan turun naik kerana tiada satu pun yang mendapat warna hijau [ menang ] untuk kesemua empat perlawanan berkenaan.
Untuk lebih menarik, sila teliti persamaan angka pasukan menang, seri dan kalah pada setiap hari perlawanan itu. Seperti ada persepakatan awal untuk mendapatkan keputusan. Jangan salah sangka. Aku tidak bermaksud keputusan perlawanan telah diatur. Jika ada persamaan, anggaplah ianya hanya kebetulan.
Di bawah pula adalah pola pencapaian 8 pasukan terbaik setakat ini. Dalam diam, Tok Gajah berada di tangga atas berbanding pasukan - pasukan lain.
Begitu pun, menduduki tangga atas carta kumpulan bukanlah tiket sebenar untuk bergelar JOHAN PIALA MALAYSIA. Menjuarai kumpulan hanyalah seumpama memenangi pertempuran. Untuk menjuarai Piala Malaysia, setiap pasukan perlu memenangi peperangan menerusi banyak pertempuran.
Untuk menang peperangan, anda perlu konsisten memenangi setiap pertempuran.
Seterusnya, mungkin ada yang masih ragu - ragu dengan prestasi NS setakat ini. Lapan mata daripada empat perlawanan mungkin bukan yang terbaik buat NS. Pasti ramai peminat dan penyokong NS mahukan keputusan dan pencapaian yang lebih baik. Aku percaya, ramai PSNS mahukan 12 mata bukan 8 mata.
Sebelum apa - apa komen, anda lihat sejarah pencapaian EMPAT TAHUN NS di Piala Malaysia.
Apa yang menarik, sepanjang empat tahun itu, setelah mengharungi empat perlawanan kumpulan, NS sentiasa berada di tangga nombor satu. Satu pencapaian yang sangat unik sebenarnya.
Untuk lebih mudah, lihat carta di bawah dan kesudahan perjuangan NS di Piala Malaysia sejak empat tahun lalu.
Sangat menarik kerana pencapaian tahun 2010 dan 2012 sama. Dua Menang dan Dua Seri meneuri empat perlawanan.
Bagi yang sentiasa mahukan mata penuh, lihat carta di bawah untuk lebih memahami betapa sengit dan sukarnya perjuangan setiap pasukan di Piala Malaysia.
CUIT SIKIT:
Melihat situasi terkini, aku tanpa ragu - ragu masih meletakkan NS sebagai calon utama untuk melangkah kaki ke final buat kali keempat berturut.
Cuma, sedikit keraguan apabila melihat persamaan pencapaian empat perlawanan 2010 dan 2012. Bukan apa, aku bimbang keputusan akhir 2010 tu berulang kembali.
Jangan cemas kawan. Itu hanyalah satu reviu hasil carian dan kajian aku. Segala - galanya bakal terserlah usai perlawanan pada 4 September nanti.
HOBIN JANG HOBIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan