2 Oktober 2012 bakal menjadi noktah buat empat pasukan yang sedang memburu Piala Malaysia 2012.
Sepanjang minggu lalu, kesemua empat perlawanan suku akhir pusingan pertama berakhir dengan keputusan menang - kalah. Dua tuan rumah menang tipis, satu pelawat menang tipis dan satu pelawat menang selesa.
Setelah Terengganu selaku Naib Johan 2011 tersingkir lebih awal, pastinya ramai pihak sedang memerhatikan untung nasib NS selaku Juara Bertahan itu.
Rekod tanpa kalah di Piala Malaysia 2012 berakhir dengan kekalahan 2-3 kepada ATM di Selayang, Jumaat lalu. Pasti ramai yang tersentak dan tersedu dengan kekalahan itu.
Namun, bagi aku, episod kekalahan di pusingan pertama suku akhir ini bukanlah petanda keruntuhan Sang Rusa. Tahun 2011 juga menghasilkan keputusan serupa.
NS tewas kepada Felda United dengan 0-1 dan bangkit mempamerkan aksi juara di pusingan kedua dengan kemenangan 3-0 di Paroi.
Musim ini nampaknya tiada apa yang berubah kecuali barisan pemain. Bermain di arena lawan di pusingan pertama dan kalah. Bangkit di pusingan kedua adalah perkara perlu buat NS musim ini.
Justru, tidak hairan sekiranya Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi bakal diisi oleh 50 ribu penonton seperti musim lalu, malam nanti. Jang dan Milah pastinya akan memberikan sokongan padu dan jitu kepada Sang Rusa.
Kini, segala - galanya terletak di bahu kesebelasan utama yang bakal turun nanti. Azraai Khor pastinya sudah menemui ramuan mustajab untuk menterbalikkan keputusan di Selayang itu agar pusingan kedua ini berpihak kepada NS pula.
Formulanya mudah. Dapatkan satu gol dan secara agregat, keputusannya 3-3. NS akan ke separuh akhir berdasarkan kelebihan jaringan gol di tempat lawan. Namun, NS tidak boleh menang dengan 3-2 atau 4-3.
Menang 3-2 akan membawa ke masa tambahan dan mungkin juga melarat ke tendangan penalti. Sesuatu yang meletihkan dan perlu dihindari kerana pusingan pertama separuh akhir akan berlangusng pada 5 Oktober. Jika NS menang dengan 4-3, ATM akan ke separuh akhir berdasarakan kelebihan jaringan gol di tempat lawan.
CUIT SIKIT:
Sekiranya NS mampu bangkit dengan bergaya malam nanti, aku fikir, NS akan ke final lagi musim ini.
Lain - lain pasukan di separuh akhir, dijangka Lions XII, Kelantan dan Selangor. Sekiranya pasukan Pahang, ATM, Felda United dan Johor FC yang layak ke separuh akhir, ini benar - benar upset dan bakal menyebabkan ramai Ketua Jurulatih bakal hilang kerja selepas ini.
Pedulikan siapa yang membarisi ATM, NS pasti mengamuk di Paroi.
HOBIN JANG HOBIN!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan