Farizal Harun [ Jai Harun ] anak Felda Palong Dua, Jempol, NS ini telah lama berada di arena bola sepak Malaysia. Sekian lama berada di skuad Liga Super NS tetapi lebih banyak di bangku simpanan.
Hijrahnya ke ATM telah memberikan nafas baru kepada kehebatannya di pintu gol dan beliau memilih masa yang amat tepat sebentar tadi.
Dengan persembahan goyah ketika di Singapura 5 Oktober lalu, Jai Harun muncul hero di Selayang apabila beberapa kali menyelamatkan pintu gol ATM di sepanjang 120 minit perlawanan.
Ditembusi satu gol pada separuh masa pertama, Jai Harun mempamerkan aksi cemerlang apabila menyelamatkan dua sepakan penalti penentuan Lions XII. Dan, anak Felda ini telah memilih saat yang tepat untuk muncul wira bukan sahaja untuk ATM, malah untuk Malaysia.
ATM menang menerusi penentuan sepakan penalti 5-4 setelah terikat agregat 2-2 dengan Lions XII, sekaligus mengelakkan Piala Malaysia melepasi Tambak Johor sekurang - kurangnya untuk musim ini.
CUIT SIKIT:
Kejayaan ATM ke Final Piala Malaysia 2012 memberikan makna;
Dua pertandingan merebut piala [ Piala FA & Piala Malaysia ] mempertemukan dua pasukan yang berbeza liga. Kali terakhir dua pasukan berbeza liga bertemu di final adalah pada 2005. Selangor, Juara Liga Premier menewaskan Perlis, Juara Liga Super 3-0.
Inilah kali kedua untuk era bola sepak profesional Malaysia, Final Piala Malaysia akan menemukan satu pasukan negeri dan satu pasukan kelab. Kali pertama pada 2003 apabila MPPJ FC menewaskan Sabah 3-0.
Lebih menarik, inilah final keempat berturut - turut untuk Hai-O "Budak Ajaib Piala Malaysia" dengan tiga pasukan yang berbeza.
Satu lagi tempat di final bakal ditentukan oleh Kelantan dan Selangor pada 12 Oktober.
Setakat ini, aku masih Hoben Jang Hoben.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan