Tuan Presiden PBNS sudah berbunyi. Meluahkan rasa tidak puas hati kerana ada pihak yang tidak menghormati kontrak yang masih berjalan.
JABAT TANGAN-Tanda setuju. Bila Dah Setuju, Hormatilah Persetujuan Itu |
Baca seterusnya,
“SAYA berharap
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat melihat perkara ini (isu kontrak)
demi memastikan setiap peraturan dipatuhi dan dilaksanakan sebaik mungkin,”
kata Menteri Besar yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan
(PBNS), Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau mengulas
isu segelintir pemain tidak menghormati kontrak dengan pasukan lama apabila
menandatangani kontrak baru menjelang Liga Malaysia (Liga M) 2013.
Tindakan itu
mengundang rasa tidak senang beliau kerana menyifatkan ia sesuatu yang tidak
beretika dan menggambarkan pemain tidak menghormati kontrak ditandatangani dan
dipersetujui dengan pasukan lamanya.
Menurut Mohamad,
pemain sepatutnya sedar mereka tidak boleh menandatangani kontrak baru dengan
pasukan lain selagi kontrak lama masih berkuatkuasa.
“Ini berlaku pada pemain Negeri Sembilan
apabila menandatangani kontrak dengan pasukan baru sedangkan kontrak asal
dengan PBNS masih sah sehingga hujung November depan. Persatuan bola sepak
negeri-negeri sepatutnya arif perkara ini.
“Sepatutnya, persatuan negeri yang berhajat
mendapatkan pemain Negeri Sembilan menulis surat secara rasmi kepada PBNS bagi
membolehkan perpindahan pemain dilakukan secara baik.
“Namun, apa yang
berlaku adalah sebaliknya, mereka (persatuan negeri) terus berbincang dengan
pemain dan membenarkan mereka menandatangani kontrak baru,” katanya selepas
mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Seremban, semalam.
Beliau mengulas
tindakan pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona, yang
dilaporkan sudah menandatangani kontrak baru dengan Persatuan Bola Sepak Negeri
Terengganu bagi menghadapi saingan musim depan.
Menurut Mohamad,
dalam era bola sepak profesional, seharusnya pengurusan pemain juga dibuat
secara profesional kerana ia penting untuk kemajuan bola sepak negara.
Katanya,
pihaknya tidak bercadang memberikan cadangan kepada FAM mengenai peraturan
berkaitan kerana badan induk bola sepak negara itu lebih arif mengenainya.
“Apa yang saya
harapkan, FAM dapat menilai dan melihat secara keseluruhannya mengenai perkara
ini supaya pemain tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan hingga
menyusahkan pasukan atau menyebabkan hilangnya nilai kredibiliti kontrak,”
katanya.
Sebagai Presiden PBNS, Tok Mat memang berhak untuk menzahirkan rasa tidak puas hatinya. Sememangnya ada sedikit keraguan di hati aku apabila Farizal Marlias dikhabarkan telah menandatangan kontrak bersama Perak pada 7 Oktober 2012. Lima hari setelah NS tersingkir di Piala Malaysia, Jai Marlias telah membuka lambaran baru bersama Perak sedangkan ketika itu pastinya beliau masih ada kontrak bersama NS.
Sebenarnya ada klausa di kontrak yang membenarkan mana - mana pemain dan pengurusan untuk mengadakan perbincangan dengan mana - mana pasukan tiga bulan sebelum kontrak mereka berakhir.
Mengadakan perbincangan bukan bermakna bersetuju untuk mengikat kontrak. Tempoh tiga bulan itu lebih kepada tempoh bertenang untuk semua pihak. Samada pemain, pasukan lama mahu pun pasukan baru, perlu menggunakan tempoh berkenaan untuk mengadakan perbincangan lanjut berkaitan terma dan syarat yang telah dan bakal dimeterai bersama.
Masalahnya, sepanjang tempoh tiga bulan yang dibenarkan itu, siapakah pihak yang akan membincangkan soal perpindahan?
Aku fikir, pemain tidak mungkin mempunyai ruang dan peluang untuk berbincang kerana kekangan jadual latihan dan perlawanan yang ketat.
Adakah para SU Agung dan SU Eksekutif Persatuan akan membincangkan soal perpindahan pemain? Jawapannya, jauh panggang dari api. Sebab, itu bukan tugas mereka.
Di sini, jelaslah rundingan sulit telah berlaku diantara pemain dan pasukan baru. Mungkin lebih awal daripada tempoh tiga bulan itu. Prokah kita?
Lebih teruk apabila ada pihak yang mengaku telah mengadakan perbincangan dengan pemain secara individu, lima bulan sebelum ini.
Mengadakan perbincangan sulit lebih awal daripada tempoh yang dibenarkan oleh kontrak mempamerkan sikap kita yang sangat pro.
CUIT SIKIT:
Aku teringat sembang santai aku dan bekas pemain negeri satu ketika dahulu berkaitan soal pro ini.
Jelas beliau, di Malaysia belum ada pemain dan pengurusan pasukan yang benar - benar pro dalam soal kontrak dan sikap.
Tambah beliau lagi, kebanyakan yang mengaku pro itu hanya merujuk kepada proBLEM dan proJEK sahaja.
Ketika Liga Malaysia bergerak secara teratur dan dikatakan pro mulai 2004, kita masih disogokkan dengan soal tidak menghormati kontrak pada tahun 2012. Sembilan tahun yang berlalu rupa - rupanya, pro yang diharapkan bukan proFESIONAL tetapi lebih menjurus kepada proBLEM.
Selagi tidak wujud ejen dikalangan pemain dan pasukan, selagi itulah soal langgar kontrak ini bakal berterusan.
Tambah proBLEM apabila ada persatuan tidak mematuhi kontrak yang mereka sendiri tawarkan apabila GAGAL MEMBAYAR GAJI dan lain - lain caruman kepada pemain dan pengurusan pasukan.
Tambah proBLEM apabila ada persatuan tidak mematuhi kontrak yang mereka sendiri tawarkan apabila GAGAL MEMBAYAR GAJI dan lain - lain caruman kepada pemain dan pengurusan pasukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan